Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi
yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi.
Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan
agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah
menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai
ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang
ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak
berubah.
Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian
berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil
ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang
kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut
berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan
tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu.
"Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal
tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu
menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".
Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum
pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan
lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada
beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu
menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah
seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai
dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan
merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari
rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari
kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah
mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.
~Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya. Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah..
No comments:
Post a Comment