ADIKKU SAYANG,
Allah
Menciptakan Manusia Sama,
Dengan
Sebaik-Baik Kejadian,
Cuma
Amalan Manusia Itu Berbezabeza,
Ada
Yang Lalai Dengan Angan-Angan,
Ada
Yang Tekun Berusaha,
Tentu
Nasib Kita Berlainan,
Kerana
Allah Maha Adil Sifatnya,
Kelalaian
Dibalas Dengan Kegagalan,
Kerajinan
Dibalas Dengan Kejayaan Dan Pahala,
Kau
Diberi Peluang Untuk Membuat Pilihan,
Kau
Jua Yang Tanggung Natijahnya.
“Sesungguhnya
Kami Mencipakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian”.
(Surah
At-Tin: 4)
ADIKKU SAYANG,
Kau
Tidak Bodoh Andai Kau Gagal Selepas Berusaha,
Kerana
Itu Satu Ujian Dan Dijanjikan Pahala,
Bakal
Mengangkat Darjatmu Disisinya,
Jika
Kau Reda, Sabar Dan Terus Berusaha,
Tapi
Kau Sememangnya Bodoh,
Jika
Kau Langsung Tidak Berusaha,
Kerana
Pasti Kau Akan Gagal Dan Menderita,
Tiada
Nilaian Pahala Darinya,
Malah
Kau Pula
Menanggung Dosa,
Lantaran
Kau Sia-Siakan Amanah Berharga.
ADIKKU SAYANG,
Bangkitlah
Dari Lenamu Yang Panjang,
Dan
Tidak Pernah Kesudahan,
Sekali
Kau Terjatuh,
Jangan
Biarkan Dirimu Jatuh Selamanya,
Kau
Punya Kekuatan Untuk Bangkit Semula,
Dan
Mara Berlari Kencang Mencipta Taufan.
Berjuanglah
Adikku Sayang,
Tanpa
Mengenal Penat Dan Jemu,
Biar
Hidup Kita Derita Dengan Usaha,
Kelak
Kita Akan Dimulia,
Jika
Tidak Didunia,
Nun
Disyurga Menanti. .
Allah sayang padamu! ^_^
No comments:
Post a Comment