Assalamualaikum..
salam mahabbah rahmatan lil alamin
muga redha Allah sentiasa bersama kalian~
Jika kalian pernah terpikir bagaimanakah 'tokoh' itu berdiri dengan
aura karismanya yang tersendiri menyebarkan dakwah Islamiyyah dalam statusnya
sebagai Menteri Besar Kelantan, ‘dia’lah wanita di belakangnya.
Bagi ana, wanita ini mempunyai semangat yang kental, berjiwa cekal dan teguh bertawakkal kerana segala bagiNya bersandarkan keridhaan Allah semata-mata. Sekalipun zaman remajanya tidak seperti remaja-remaja lain kerana berkahwin dalam usia yang muda, beliau tidak pernah kesal sama sekali, malah menghamparkan seluruh rasa redha hati untuk menadah segala ketentuanNya.
"..'kami' ada di saf hadapan, betul-betul di sisinya tanpa pernah berputus harap.Walaupun aku sering gusar dan ketakutan menjelang suasana sepi malam yang sunyi dan gelap, tapi kukuatkan semangat untuk merandai segalanya.."
Berkongsi kisah hati ranjau perjalanan hidup, segalanya terangkum rapi. Sebagai sayap 'kanan' pemimpin masyarakat tersebut, beliau sering menginsafi diri dan sedar betapa besar cabaran yang tidak kurang getirnya bakal dilaluinya. Namun beliau sentiasa bersedia kerana menyakini perjuangan suaminya pasti perjuangan yang menuntut hak Allah SWT.
“..sungguh aku tidak tahu dari mana
mulanya cinta sebesar ini. Sedar-sedar, aku seperti sudah berada di syurga
dunia..”
Dan semoga berdirinya ‘dia’ di belakangnya akan terus mampu menjadi nyalir nyali
yang akan terus membuatkan dirinya tega merandai segala cabaran dalam
perjuangan ini..
Jua semoga redha Allah SWT sentiasa mengiringi setiap jejak perjuangan ini
dan semoga setiap insan yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan ini akan
mendapat penghormatan terbaik daripada Allah SWT..
Kerana sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah benar, bagi mereka yang
mempercayaiNya..
Inilah kisah hidupku
Aku memilih
Untuk menghidu bau
syurgaMu
Dengan setia
bersama suamiku
Telah ku angankan
menjejak ke dalamnya
Melalui mana-mana
pintu yang aku sukai
Ya Allah, aku mohon
redha dan syurga-Mu
Aamiin..
No comments:
Post a Comment