Rakyat yang tidak akan disiakan oleh Allah
Surat Prof. Dr. Muhammad Badi` (28
Jun 2012)
الحمد
لله
رب
العالمين،
والصلاة
والسلام
على
رسول
الله
الأمين،
وعلى
آله
وصحبه
ومن
والاه،
أما
بعد.
Ucapan Pertama
Sesungguhnya ucapan pertama yang disebutkan oleh Ketua
Wanita Seluruh Alam, Khadijah (r.a) kepada Rasulullah (saw) adalah :
“Bahkan bergembiralah, Allah itu tidak akan
menyia-nyiakan kamu selama-lamanya”
(Riwayat Al-Bukhari).
Ianya juga adalah ucapan yang sama diucapkan oleh Ibu
Seluruh Penduduk Mesir, Hajar ketika beliau bertanya suaminya, Bapa Para Nabi,
Ibrahim a.s.
“Adakah Allah yang menyuruh engkau melakukan
(penyembelihan ke atas Ismail) ini?”
setelah beliau menerima pengesahan itu dengan ucapan
(Ibrahim as) : “Ya”, lantas dia menjawabnya dengan penuh percaya, tawakal dan
sangat yakin kepada Allah Taala :
“Kalau begitu, Dia tidak akan menyiakan kita”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).
Revolusi Yang Ajaib
Sesungguhnya, revolusi yang berlaku di Mesir (mendapat
keputusan) yang sangat berbeza dari jangkauan penganalisis, ahli politik, dan
pakar-pakar dalam bidang ini. (Revolusi Mesir) berjaya hanya dengan sedikit
bilangan pertumpahan darah, pengorbanan dan luka-luka. Sehinggakan, para
cendekiawan telah bersepakat menamakannya sebagai “Keajaiban”- kerana ia adalah
kehendak rakyat.
Pastinya malam telah berlalu, dan muncullah cahaya pagi.
Sesungguhnya, rakyat Mesir lebih benar dari (jangkauan)
berita-berita para penganalisis,saluran satelit dan laporan-laporan
tersembunyi. Bahkan, rakyat Mesir mampu mengumumkan kemampuannya
ditengah-tengah ramalan, jangkauan, serta spekulasi dengan penuh keazaman yang
tidak ragu-ragu, dengan kekuatan perhimpunan yang sentiasa bertambah, yang
menzahirkan undang-undang rakyat juga revolusi.
Menuju Kestabilan, Keselamatan dan Kemakmuran.
Berhadapan desakan yang sangat kuat, rakyat Mesir
mencipta revolusinya sendiri. Revolusi yang merubah sistem yang musnah, lalu
mereka memilih Presiden dari kalangan mereka, yang memimpin Republik kedua,
supaya Presiden itu untuk semua rakyat Mesir, dan terbit darinya (Insyaallah)
kesatuan negara dan pembarisan rakyat. Dan diambil darinya janji keamanan,
kestabilan, kebangkitan dan kemajuan.
Walaupun pelbagai cubaan untuk memberi kesan (buruk)
kepada haluan rakyat Mesir, namun ia hanya membawa kepada memperbanyakkan
pertahanan revolusi, dan menolak sistem yang musnah. Kehendak Allah telah
mendahului rakyat ini, yang mereka itu sangat bersikap jujur, ikhlas, dan tiada
kepentingan. Mereka menunjukkan pengorbanan-pengorbanan, syuhada, dan orang
yang ditimpa kesusahan kepadaTuhan mereka . Lalu, pastinya ditulis nama Mesir
dengan huruf-huruf cahaya, dan dikembalikan kedudukannya yang asal,
ditengah-tengah rakyat dan negara-negara dunia.
Masyarakat Pemula Kebangkitan
Dalam peringkat dunia Islam kita ini pula, telah
diumumkan pelancaran kebangkitan masyarakat. Kelahiran perubah telah mula kuat
sistemnya dari peringkat atasan. Dan kelahiran yang baru telah dimuliakan
dengan cahaya-cahaya impian seluruh alam. Dengan kehendak rakyat yang bebas,
yang semakin kuat setiap hari, sesungguhnya tanaman kehendak ini akan
menghasilkan buah yang banyak dan terus banyak. Dari pengembalian kemuliaan dan
kebebebasan, serta perolehan kembali hak-hak yang dihilangkan oleh sistem yang
musnah. Ia adalah perkara yang dilaungkan oleh rakyat seluruh dunia. Statistik
dari Amarika menunjukkan : 70% rakyat Amarika melihat positif tentang hal
rakyat Mesir khasnya, dan 56% kepada rakyat Arab secara amnya.
Tibanya Waktu Memungut Hasil
Rakyat menyahut seruan kebenaran, lalu mereka mendapat
hasil kemenangan yang nyata. Rakyat yang sangat yakin dengan kemenangan dari
Tuhannya, maka jadilah hasil itu penuh dengan kemuliaan dan kebanggaan. Rakyat
yang membantu arah keadilan, maka jadilah hasil itu dengan kebebasan dalam
tangan mereka. Rakyat yang mampu melakukan perkara demikian tidak akan disiakan
oleh Allah selama-lamanya. Dan inilah dia hakikat yang jelas yang tidak dapat
dilihat oleh orang licik, ditundukkan padanya orang lalai, dan bangunlah
darinya orang-orang yang berakal, bagi bersama-sama menyatukan barisan Mesir
yang sangat dicintai, yang merindui bantuan dari penduduknya.
Di Ambang Kebangkitan Mesir
Rakyat yang selamanya tidak akan disiakan oleh Allah
adalah yang akan menuju ke gerbang kebangkitan yang sebenar, memerlukan
perjalanan yang pantas, kerja yang berterusan, melawan rintangan, dan
menyeberang celahan-celahan. Sehingga berubahnya mimpi menjadi raliti. Yang
jauh dari slogan-slogan, atau permasalahan yang tidak dapat merealisasikan
impian. Maka kejayaan itu bermula, dan kemenangan itu bukanlah pengakhirannya.
Dan kita akan berada dihari kemenangan dengan sangat dekat. Dan akan tinggallah
fajar yang sentiasa menjadi baru dalam kebangkitan benang-benangnya.
Syed Qutb berkata :
“Dunia Islam tidak akan tidur setelah kebangkitannya,
dan tidak akan mati dunia Islam ini setelah kebangkitannya, kalau ia
ditakdirkan mati, maka ia akan mati. Namun, tidak akan mati Aqidatul Hayyah
(Pegangan hidup- Islam) yang memimpin pertempuran, kerana ia dari roh Allah, dan
Allah itu, hidup dan tidak akan mati.”
Selawat keatas pemimpin Muhammad saw. Allahu Akbar,
walillahil hamd.
Hidup Mesir, hidup rakyatnya.
Kaherah : 8 Syakban bersamaan 28 Jun 2012.
No comments:
Post a Comment