Belajar dari kisah-kisah wanita Hebat di zaman Habibuna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam.InsyaAllah
Wanita, muslimah atau perempuan merupakan calon madrasah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.
Hakikatnya, mendidik madrasah (wanita) adalah untuk melahirkan
madrasah-madrasah(anak-anak). Jika baik madrasah yang dididik itu, maka
baiklah madrasah-madrasah yang akan dihasilkan kelak. Betapa di dalam
Islam, turut ditekankan tentang kepentingan mendidik wanita dalam usaha
melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk
menjadi penerus kepada perjuangan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه
وسلم . Walaupun dewasa ini telah wujud banyak madrasah-madrasah,
sekolah-sekolah mahupun pesantren-pesantren dalam usaha untuk mendidik
anak-anak, pada hakikatnya belum dapat menandingi madrasah-madrasah yang
ditadbir oleh kedua ibu bapa. Kuasa ibu dan bapa sangat besar impaknya
dalam melahirkan generasi-generasi penerus perjuangan Rasulullah صلى
الله عليه وسلم yang kuat rohani dan jasmaninya apatah lagi cerdas
fikirannya.
Sayyidatuna Aisyah RA ketika menghuraikan hadis
Nabi صلى الله عليه وسلم menyatakan bahawa tiada fitnah yang paling
besar melainkan fitnah wanita kepada lelaki. Maka, pada zaman modenisasi
yang mana umat manusia disogok dengan pelbagai kemudahan, dilalaikan
dengan bermacam-macam-macam hiburan dan budaya-budaya yang entah dari
mana datangnya musuh-musuh Islam dengan bijaknya menggunakan wanita
sebagai umpan untuk merosakkan umat manusia yang muslim terutamanya.
Sedarkah kita? Wanita dipaparkan di media-media, di FB-FB dan
sebagainya. Oleh itu, betapa pentingnya mendidik madrasah yakni wanita
yang bakal melahirkan madrasah (anak-anak) kelak.
“Terdidiknya
wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Namun, apabila rosaknya
wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya adalah untuk baiknya moral
seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang wanita itu.”
Terdapat banyak kisah-kisah wanita-wanita agung ketika zaman Sayyiduna
Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dididik untuk menjadi madrasah yang
baik dan hasilnya melahirkan madrasah-madrasah yang baik juga. Betapa
madrasah ibu telah terbukti berjaya melahirkan pejuang-pejuang yang
hebat di dunia dan akhirat serta tinggi akhlak dan adabnya.
Madrasah IBU
1- Madrasah Ibu ketika zaman Bani Israel (kisah Maryam)
Ibu kepada Maryam berdoa ketika Maryam masih di dalam kandungannya dengan doa ini:
"Ya Allah aku bernazar, janin yang ada di dalam perutku ini, untuk aku
jadikan MUHARRAR (untuk berkhidmat) di Baitulmaqdis, maka perkenankanlah
nazarku ini wahai Allah."
Walaubagaimanapun, ketika
lahirnya Maryam, ibunya tidak dapat menghantarnya ke Baitulmaqdis untuk
berkhidmat di sana kerana keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan.
Namun kerana cita-cita dan kecintaan ibunya yang amat mendalam kepada
Allah, ibunya menamakannya dengan nama Maryam yang membawa maksud orang
yang berkhidmat kepada Allah dan berharap agar Maryam akan menjadi
seperti maksud di sebalik namanya itu.
2- Mardasah Ibu ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم (Sayyidutina Fatimah R.A)
"Generasi penerus perjuangan Rasulullah"
Sayyidatuna Fatimah RA si puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم
mendapat jolokan Al-Batul yang bermaksud tidak pernah putus beribadah
kepada Allah swt.
Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra' dididik oleh
kota kepada tarbiyyah iaitu Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Maka atas didikan yang diterima daripada Sayyiduna Rasulullah صلى الله
عليه وسلم itu beliau telah berjaya melahirkan pejuang-pejuang agama yang
hebat iaitu Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain, dua orang cucu
kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Dikisahkan pada
suatu hari Sayyidatuna Fatimah RA pergi menziarahi Rasulullahصلى الله
عليه وسلم di rumah Baginda dan bertanyakan kepada Rasulullah صلى الله
عليه وسلم berkenaan apakah yang lebih baik daripada pembantu? Maka
dijawabnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bacalah
Subhanallah( 33x), Alhamdulillah (33x) dan Allahu Akhbar (34x) (Dinamakan sebagai zikir Fatimah)
Maka ketika pulanq ke rumahnya, Sayyidatuna Fatimah RA berkata kepada suaminya Sayyiduna Ali Kwj.
"Wahai suamiku Ali, sesungguhnya ketika aku berjumpa bapaku, aku menginginkan dunia tetapi aku membawa pulang akhirat untukmu"
Daripada madrasah ibu ini iaitu madrasah Sayyidatuna Fatimah RA
lahirnya dua orang putera yakni Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain
yang sangat menjaga adabnya terhadap orang yang lebih tua. Bukti
ketinggian adab mereka ini dapat dilihat di dalam sebuah kisah yang
menceritakan tentang suatu peristiwa ketika mana mereka ingin menegur
seorang lelaki tua yang salah cara wudhuknya. Subhanallah Tabarakallah..
3-Madrasah Ibu selepas zaman Rasulullah (Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz)
Calon ibunya merupakan merupakan seorang gadis yang jujur dalam
berniaga. Ibu kepada ibunya yang menyuruhnya agar ditambahkan air di
dalam susu yang dijual mereka. Namun, tidak dilaksanakan olehnya
takutkan Tuhannya Khalifah Umar . Khalifah Umar terdengar perbualan
mereka itu. Dibuatnya tanda di rumah gadis tersebut untuk datang semula
keesokkan harinya untuk meminang si gadis untuk anaknya. Hasil daripada
madrasah ini lahir Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan
kepimpinannya. Seorang gadis yang jujur dalam berniaga, akhirnya dapat
melahirkan seorang pemimpin yang hebat.
4-Madrasah Ibu selepas zaman para sahabat ( Kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)
Ibu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyatakan kepadanya bahawa:
"Wahai anakku aku bernazar, untuk menyerahkanmu (berkhidmat kepada Allah) kepada Allah"
Maka, ibunya meminta Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ke Baghdad untuk
menuntut ilmu. Ibunya membekalkannya wang yang dimasukkan ke dalam kocek
yang dijahit ibunya pada bajunya dan menasihatinya agar bercakap benar
di dalam apa keadaan sekalipun.
Ketika di dalam perjalanan
ke Baghdad, rombongan yang disertainya diserang perompak. Namun,
perompak-perompak memperlekehkannya dan menyatakan bahawa beliau hanya
budak kecil dan tidak punya apa-apa. Namun, ada seorang perompak dari
kalangan perompak-perompak tersebut menghampirinya dan bertanya sama ada
beliau ada mempunyai harta untuk diserahkan kepadanya. Maka, jawabnya
dengan jujur bahawa dia mempunyai sejumlah wang yang dibekalkan oleh
ibunya.
Perompak tersebut bertanya kepada As-Syeikh Abdul
Qadir Al-Jilani sama ada beliau mengenalinya ataupun tidak kerana hairan
melihat sikapnya yang terlalu jujur. Maka, jawabnya ya beliau
mengenalinya , perompak yang mahu merompak hartanya. Perompak itu
bertanya lagi. Jadi jika engkau tahu aku perompak, mengapa engkau tidak
hanya memberitahu kepadaku bahawa kamu tidak mempunyai harta. Maka,
jawab beliau, sesungguhnya aku berpegang pada pesanan ibuku bahawa
bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun. Disebabkan kejujuran
As-Syeikh Abdul Qadir, akhirnya perompak itu menyesal dengan segala
perbuatannya dan mengembalikan semua harta rompakan kepada pemiliknya.
Ditanya kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani kemana destinasinya. Maka,
jawabnya ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Maka, kata perompak itu, Aku
ikutmu. Akhirnya daripada seorang perompak kepada muta'allim.
Tabarakallah
Kesimpulannya, madrasah seorang ibu itu adalah
amat penting dalam melahirkan anak-anak yang baik akhlak dan adabnya
serta benar dalam berkata-kata. Bukankah telah banyak contoh-contoh
daripada umat-umat yang terdahulu yang dapat dijadikan panduan di dalam
hidup kita? Buat para wanita, berusahalah membuat persediaan untuk
menjadi madrasah yang baik untuk anak-anak. Buat para lelaki, jadikan
Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai contoh ikutan di dalam
apa jua keadaan kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلمcontoh ikutan
sepanjang zaman. Sollu ‘alan Nabiy!
“Dunia ini adalah perhiasan, seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah”
(Hadis Riwayat Muslim)
Wallahu’alam
Nota kaki : Olahan daripada Tausiyah yang disampaikan oleh Habibuna
Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid bersempena perasmian Ribat Az-Zahra'
milik Murabbina Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni
No comments:
Post a Comment