Wednesday, 30 May 2012

::our Bonding Friendship::



When we got separated..

Even you see that I'm okay

but..the truth is

it was me, feeling sad than you see

your smiling face, have be burnt into our memory

no matter how long it takes

I will remember

that "light" that change
my heart,

always gave me

so much strengthen

no matter apart we are

our hearts will  always
be TOGETHER

so.. whatever happen

always SMILE dear friends! ^_^


~bertemu berpisah kerana ALLAH....








Tuesday, 22 May 2012

Always be there..

"wahai orang-orang yang beriman!Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita); Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
( at-Tahrim:8)

Awal bismillah pembuka tinta..ana mulai dgn petikan ayat Al-quran di atas. menyeru qalbi ini dan seluruh umat Islam agar terus memperingati hati masing2 bahawa Allah s.w.t sentiasa memanggil kita agar sentiasa kembali padaNya..bila keimanan meresap ke dalam hati, maka terbasuhlah hati, mematangkan diri lantaran keimanan yang menguatkan "link" kita kepada Pencipta manusia dan seluruh isi alam ini..

 If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers


Rejab is  Coming! ^_^

Rejab kembali bertandang kali ni. Bulan yang penuh barakah wa hikmah ni amatlah rugi jika kita tidak bersungguh merebut segala peluang serta ganjaran sepanjang bulan ni. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.
Maka perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar,mohon keampunan daripada Allah SWT. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari  malam 1 Rejab, sesuai dengan bulan ni yang dikenali sebagai bulan Istighfar


Allah.. always be with us :)

Apakah kemuliaan yang lebih besar sebenarnya?Apakah yang lebih besar, selain adanya Allah SWT bersama kita?

"Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar..." (al-Baqarah:249)

Maka apakah besar dugaan yang datang, berbanding dengan besarnya Allah bersama kita?
dan siapakah yakin bahawa Allah bersamanya ketika dia bersabar?jujurnya, kita pasti tidak mampu mengawal nafsu, terutamanya mengahamburkan amarah..

Justeru itu, Iman lah jua yang membantu kita supaya dapat merasai bahawa Dia ADA bersama kita, terutamanya ketika kita bersabar..

Sungguh, tiada yang sia-sia sebenarnya bagi orang2 yang sabar kerana sesungguhnya Allah bersama dengan mereka. bila kita tidak mampu bersabar, sebenarnya Iman kita yang ada masalah. periksa kembali Iman kita kerana dengan Imanlah dapat meyakinkan kita bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita..
Konteks ber'sabar' yang dimaksudkan adalah berMujahadah (melawan hawa nafsu.)

Sama seperti  kita berpuasa , ana teringat kata-kata dari seorang ustaz yang menceritakan konsep sebenar berpuasa..berpuasa tidak hanya semata-mata menahan lapar dan dahaga. tetapi ber'puasa' dengan menundukkan hawa nafsu kita, iaitu mampu mengawal diri, hati dan fikiran kita dari perkara yang melalaikan...

maka didik jiwa agar sentiasa bersAbar.. Allah kan ada!=) 

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…








Monday, 7 May 2012

Hatiku dan hatimu..kuatkanlah!


Selawat dan salam pada kekasihNya..Nabi Muhammad s.a.w..serta para sahabat baginda, juga pada kedua ibu bapa dan guru ana yang banyak mengajar ana tentang erti hidup..tidak lupa pada sahabat seperjuangan..muga redha Allah bersama kalian semua..

Allhamdulillah, masih diberikan kesempatan olehNya untuk ana mencoretkan sesuatu..lahir dari hati ni yang masih kekurangan dan perlukan bimbingan..

Lumrah student..kadang kala ada naik ,ada turunnya iman kita. Ibarat seperti telefon kita, kadangkala perlu di’charge’..tu maknanya Allah nak uji sebanyak mana perasaan syukur yang kita ada padaNya..

 
Ketika diri berada di atas, adekah kita bersyukur atau riak? kena tanya hati sendiri.tidak selamanya life kite akan smooth  kan..dan ada seorang sahabat ana memberitahu dalam satu hadis tu jika dalam 40 hari kita tidak  ditimpa apa2 musibah, tu maknanya kita jauh dariNya..nauzubillahi minzalik...

so di sini nak bagitahu..”mkin bnyk kitA diuji mkin qaseh sbnrnya Allah pada kita” Ada sesuatu yang ingin Dia smpaikan pada kita sebenarnya. :) Bukan pointer pengukur kita d hadapan Allah nanti tetapi apakah kebaikan ilmu yang kita belajar ni untuk kita sumbangkan pada Islam akan datang nanti..
 
Apa sebab kita belajar? 
untuk nak dapatkan kerja atau nak dapat redha Allah?

Ana suka sinonimkan benda ni dengan diri ana sndiri. Dulu eya ana blajar sebab fikir ni kehendak arwah abah ana..tapi bila fikirkan kembali jika bukan kerana dengan iziNya, ana tak kan dapat sambung belajar kat universiti..dan kenapa ana ditempatkan di sini? Mungkin ada sesuatu yang boleh ana lakukan di sini.. 

Back to da basic..dan ada satu pertnyaan yang sering orang lontarkan pada ana..

‘Dimana’ enti sebenarnya sekarang eya? maaf atas statement ni tetapi ana ikhlas meluahkan apa yang ana rasa.. “ 
Ya .jasad still sama, tetapi .. cuma sekadar jasad yang "hidup"..

yang ana maksudkan adalah satu punca yang kita kongsi bersama.

Yakni, punca utamanya adalah kita jauh

Sebab kita sebenarnya jauh dariNya..
 
Dan kerana itu ukhwah juga memainkan peranan. namun adakah ukhwah kita sekadar itu sahaja? dulu sahabat pernah bantu ana ketika saat sulit, ana sangat2 hargai sebagai sahabat...tapi adakah ketika waktu senang saja?

ukhwah tidak begitu..ingati balik asas urah:)
taaruf,tafahum, takaful..benda2 ni  kita perlu aplikasikan ..





 Mendekati Allah . Kita kena cari dan usahakan..
 
Insyaallah! peace!!^_^.

Monday, 30 April 2012

titipan buat sahabat fillahku..

Hendak Tidur, Tidurlah Mata
Moga Hilang Nanti Lelah Didada……
Hendak Lena, Lenalah Jiwa
Moga Besokkan Kembali Ceria….
Lama Aku Berjuang
Ku Menempuh Duri Dan Gelombang
Lama Ku Berpanas Hujan
Inginku Reguk Setitik Kedamaian………
Moga Dapat Ku Rehat Seketika
Membasuh Lukanya Noda Dan Dosa

Doakan Aku Teman Semua

Bangkitku Nanti Berjuang Semula
Nanti Akanku Impikan
Bersama Kita Bergandingan Tangan
Nanti Akanku Impikan
Bendera Islam Sama Dikibarkan
Aku Kini Lemah Tak Berdaya
Tak Mampu Rasa
Mengimbang Perasaan
Kerdilnya Diri Disisi Tuhan
Terasa Malu Menatap Alam…….

Wednesday, 25 April 2012

DOA SI-SEPET YANG MAKBUL


 
Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan.  Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan.  Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah. 

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa  Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".  

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan  turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet.  Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih  dan terus sujud syukur kepada Allah.


~Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya. Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi  amalan dan ketaqwaanya kepada Allah..


Saturday, 21 April 2012

Doa untuk ibuku..

(daripada Syeikh Rohimuddin Hafizahullah)



Ya Allah..
Engkaulah yang melihatnya (mengetahui keadaan ibuku)..

Jika kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa
kau ampunkanlah dosanya..

Jika kau melihat dirinya dalam keadan bersedih
maka gembirakanlah hatinya..

Jika kau melihat dirinya dalam keadaan gembira
maka sempurnakanlah kegembiraannya....

Jika dia sakit
maka sembuhkanlah sakitnya..

Jika dia gelisah/ bimbang
jauhkanlah kegelisahan/kebimbangannya..

Jika dia letih
maka sampaikanlah berita gembira kepadanya
tentang ganjaran yang sgt besar...

~Amin Ya Rabbal Alamin.. 



Bidadari yg terluka...


Pernahkah kamu merasakan,
bahawa kamu mencintai seseorang,
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi, dan
meski kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya,

Pernahkah kamu merasakan,
bahwa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai,
meski kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun
ia peduli dan mengerti, tapi ia tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta,
tersenyum kala terluka,
menangis kala bahagia,
bersedih kala bersama,
tertawa kala berpisah,

Aku pernah .........


Aku pernah tersenyum meski kuterluka !
kerana kuyakin Tuhan tak menjadikannya untukku,
Aku pernah menangis kala bahagia,
kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja,

Aku pernah bersedih kala bersamanya,
kerana kutakut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan......

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki, dan
Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku.

Aku tetap bisa mencintainya,
meski ia tak dapat kumiliki hatinya,
kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga.

Semua orang pasti pernah merasakan cinta..
baik dari orang tua... sahabat.. kekasih dan
akhirnya pasangan hidupnya.

Buat temanku yg sedang jatuh cinta.. selamat ya..
kerana cinta itu sangat indah.
Semoga kalian selalu berbahagia.

Buat temanku yg sedang terluka kerana cinta...
Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar,
satu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit,
tetapi keadaan itu tidak untuk selamanya,
bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu.

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta... bukalah hatimu ...
jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia
maka cinta membuat hidupmu menjadi bahagia.

Buat temanku yang mendambakan cinta.. bersabarlah..
kerana cinta yang indah tidak terjadi dalam sekejap..
Tuhan sedang mempersiapkan sgala terbaik bagimu...

~Yakin pada janjiNya~

::renungan Inspiratif Muslimah::