Thursday 12 July 2012

Instrumentalia doa'..





أَحْتَاجُ إِلَي سَجَدَةٍ عَمِيْقَةٍ تَحْتَ سَمَاءِ مَكَّة
Aku butuhkan sujud yang dalam di bawah langit Mekkah

أَحْتَاجُ إِلَي اَنْ أَطُوْفَ سَبْعاً، وَأَسْعَى سَبْعاً وَأَبْكِي أَلْـفًا
Aku ingin thawaf tujuh kali (bolak balik) tujuh kali ‘Sa (putaran) dan  menangis ribuan kali

يَا رَبّ.. أَحْتَاجُ إِلَي بَـيْـتِكَ الطَّاهِر وَ بِـشِدَّة
Ya Robb..aku sangat meinginkan untuk ke rumahMu yg suci

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا رَكْعَتَيْنِ فِى بَـيْـتِكَ الْحَرَم مَعَ مَنْ نُحِبّ ♥
Ya Allah, kurniakan kami untuk sholat (walau hanya) dua rakaat di rumahMu masjidil haram bersama orang-orang yang kami cintai...

Aamiin..ya Robb..

~Bidadari dari timur~

Assalamualaikum..
salam mahabbah rahmatan lil alamin
muga redha Allah sentiasa bersama kalian~


Jika kalian pernah terpikir bagaimanakah 'tokoh'  itu berdiri dengan aura karismanya yang tersendiri menyebarkan dakwah Islamiyyah dalam statusnya sebagai Menteri Besar Kelantan, ‘dia’lah wanita di belakangnya.

Bagi ana, wanita ini mempunyai semangat yang kental, berjiwa cekal dan teguh bertawakkal kerana segala bagiNya bersandarkan keridhaan Allah semata-mata. Sekalipun zaman remajanya tidak seperti remaja-remaja lain kerana berkahwin dalam usia yang muda, beliau tidak pernah kesal sama sekali, malah menghamparkan seluruh rasa redha hati untuk menadah segala ketentuanNya.

"..'kami' ada di saf hadapan, betul-betul di sisinya tanpa pernah berputus harap.Walaupun aku sering gusar dan ketakutan menjelang suasana sepi malam yang sunyi dan gelap, tapi kukuatkan semangat untuk merandai segalanya.."

Berkongsi kisah hati ranjau perjalanan hidup, segalanya terangkum rapi. Sebagai sayap 'kanan' pemimpin masyarakat tersebut, beliau sering menginsafi diri dan sedar betapa besar cabaran yang tidak kurang getirnya bakal dilaluinya. Namun beliau sentiasa bersedia kerana menyakini perjuangan suaminya pasti perjuangan yang menuntut hak Allah SWT.

“..sungguh aku tidak tahu dari mana mulanya cinta sebesar ini. Sedar-sedar, aku seperti sudah berada di syurga dunia..”

Dan semoga berdirinya ‘dia’ di belakangnya akan terus mampu menjadi nyalir nyali yang akan terus membuatkan dirinya tega merandai segala cabaran dalam perjuangan ini..

Jua semoga redha Allah SWT sentiasa mengiringi setiap jejak perjuangan ini dan semoga setiap insan yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan ini akan mendapat penghormatan terbaik daripada Allah SWT..

Kerana sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah benar, bagi mereka yang mempercayaiNya..

Inilah kisah hidupku
Aku memilih
Untuk menghidu bau syurgaMu
Dengan setia bersama suamiku

Telah ku angankan menjejak ke dalamnya
Melalui mana-mana pintu yang aku sukai

Ya Allah, aku mohon redha dan syurga-Mu
Aamiin..