Monday 28 January 2013

*Stapler *

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



 "Barangsiapa membaca Al-quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya, maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini."
(HR Abu Daud dan Ahmad)

 moga umi dan abah kita dipakaikan mahkota, kubur kita sendiri akan dilapangkan kelak dan tika di hari pengadilan, dan diri mampu menjadi syafaat buat mereka kelak..aamiin

untuk entry kali ni, ingin berkongsi suatu kisah dari hati ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nah.."

Sebungkus plastik dihulurkan si Abang kepada adik perempuannya. Si adik kaget. Dilihat isi yang ada dalam plastik tersebut.

"Stapler?banyaknya..nak buat pe bagi benda ni?"soal si adik kehairanan. Kesemuanya ada dalam 5 atau 6 bilangannya beserta ubat stapler dan ada dalam saiz kecil dan besar. 

Tambahan pula dia sudah sedia ada stapler, sudah dibelinya sewaktu awal pengajian di kampusnya.

"Amanah dari arwah Abah , minta berikan benda ni kat kamu."

"Amanah??" soal lagi si adik.

"Ingat tak waktu pendaftaran kamu takda stapler nak cantumkan dokumen2 untuk pendaftaran? Abah pun ada gtau yang dia ada pergi koperasi cari stapler dengan kamu tapi takda juga kan."
Si adik mengangguk, mengiyakan.
 "Dan abang rasa kamu patut tahu, sebenarnya selepas je selesai hantar kamu daftar, kat rumah abang nampak Abah menyelongkar laci-laci kat rumah seakan-mencari sesuatu..dan tau tak pe yang die carikan? 
Stapler yang kamu nak tu..
bukan satu, tapi banyak yang dia carikan. Abang pernah cakap satu pun dah cukup dah abah. Tetapi abah membalas,

"Adik kamu tu bila tak da benda yang dia nak pada waktu tu, dia tak kan beli dah. Lagi2 dia nk guna untuk kerja2 dia. Kat rumah ada dah, die terlupa la tuh nak bawa.Jimat sikit duit die dari beli yang baru. Nanti bagi kat dia ya"

  Rupanya, sayang sangat abah kat kamu..dik,maaf, Abang pun lupa nk bagi kamu waktu dekat kampus ritu..ambillah.Mungkin ia bermakna buat kamu.."

Mata si adik mula berair........

Umi memangil si Adik.katanya sudah masanya bertolak. dan Si Adik bersalam dengan Abang.Setiap kali ingin pulang ke kampus, pasti bersalaman dengan tiap ahli keluarganya yang ada di rumah


Dan untuk pertama kalinya dalam hidupnya..
satu-satunya tangan yang tidak dapat digapai ketika itu

adalah tangan Abah yang dikasihinya..


 :')
|Al Fatihah buat Abahku, Mohd Ghazali B. Md Lazim|

28 Januari 2011


Biar tidak bertemu jasad

tetapi terhubung dalam tiap doa, pengubat kerinduan ni.

Selamanya anakmu mencintaimu.