Thursday 23 May 2013

:)

Senyum itu tanda kekuatan diri.. :)

meski terasa lemah,bina kembali kekuatan itu.

Walau apapun cubaan hari ini terasa menyesakkan hati, tersenyumlah untuk menghibur diri..
...
Tersenyumlah karena hari ini kita masih diizinkan Allah untuk bernafas lagi..

Belajar REDHA mengarungi setiap ujian..

Mencuba untuk BERBAHAGIA walau kadang-kala menitiskan AIR MATA..

Kerana kita tahu ada CINTA ALLAH di balik semua ujian itu..

Amanah 
adalah suatu yang berat..

dan ku juga pernah merasai situasi yang sama 

taktala melihat airmata sahabat , 
aku mengerti dia menanggung lebih berat daripada aku..

~jalan ini jalan untuk memuliakan kita sebagai hamba Allah yang banyak dosa~

"Innallaha maasobirin"
Allah Musta'an..dan Dia jualah sebaik-baik penolong..

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku dan sahabtku agar aku  mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.