Sunday 19 January 2014

unquote rythm..

Ada orang mencintai langit, lantas dia mahu jadi penerbang.
Ada orang mencintai laut, lantas dia mahu jadi penyelam.
Dan ada orang mencintaimu, namun ia simpan dalam-dalam. Lantaran takut tenggelam.

Aku simpan,
dalam-dalam,
diam-diam.
Moga tidak tersangkut perangkap syaitan.

Biar Dia saja yang Tahu.
Biar.

Jodoh adalah yang kamu biarkan pergi,
namun tetap kembali.
Yang kamu biarkan menunggu,
namun tetap tersenyum menanti


Ya Allah, aku belum mampu jadi solehah.
Belum lagi.

Terima kasih Allah,
asbab dari seorang hambaMu.

dan sehingga kni Engkau sentiasa menemaniku

kerna yang ku inginkan hanya RidhaMu..

--------------------------------------------------------------------------------------
Rabb, tolong, sampai 'dia' tiba. Sibukkan aku dengan mengingatiMu. Sibukkan aku dengan urusan yang buat Kau gembira. Sibukkan aku dengan segala urusan dunia yang menjadi jambatan ke 'sana'. Sibukkan aku sehingga aku bersedia dan 'dia' tiba.

Kalau 'dia' sudah jadi 'halal' untuk kusentuh kulit dan hatinya nanti, tidak perlu diasak dengan soalan berkali-kali, aku akan beritahu sendiri. Agar 'dia' mengerti.
...

:')