Tuesday 9 April 2013

I love Allah !



Ba'da Selawat dan Salam =)

Ukhti Fatimah Syarha menutup sesi nya di radio Ikim.Fm tadi dengan sebuah puisi, yang diilhamkan ketika naik motorsikal di bawah hujan, bersama suaminya yang menunggang :D


Puisi Nukilan by Ustazah Fatimah Syarha


Duhai Allah..


Kau Menguji

Tanda Kau peduli

Kau kasihan
Kau beri jalan

Duhai Allah...

Izinkan hatiku gembira
Dengan sabar dan redha
Izinkan hatiku bahagia 
Dengan baik sangka

Moga..
Dengan baik sangka
Hatiku lebih bernyawa
Mengekspresikan cinta 
Pada yang Esa

- I ♥ You Allah, Bagaimana Mengekspresikannya -


( 9 April 2013,10.55 p.m)



Banyakkan Baik Sangka Dengan Allah :')
Bersabar dengan segala ujian ..
dan yakini semuanya akan indah pada waktunya..

Let's Mujahadah!

Saturday 6 April 2013

Qanitah & Hafizah


Ba’da Selawat dan Salam .

Bila ditanya apa makna solehah?" Tergagap jua nak jawab. Kalau tanya kamu semua, agak-agak apa yang akan kamu jawab?

Saya buka al-Quran. Surah al-Nisa' ayat 34, firman Allah:
..Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya...

Jelas sekali kata-kata Allah ini.

Apa itu Qanitah?

'Qunut' adalah ketaatan yang dilandasi kemahuan, konsentrasi, kesukaan, dan kesenangan. Bukan kerana terpaksa, dipaksa, kesal ataupun bodoh. Sebelum nikah, perempuan itu wajib taat pada kedua ibu bapanya dan menghormati guru (selain perkara maksiat). Selepas nikah, wajib taat pada sang suami. Langsung tidak wajib taat dan patuh pada sang kekasih yang belum dinikahi.

Ok, kenapa al-Quran menggunakan kata Qanitah dan bukan Ta'ia'ah walaupun kedua-duanya maksud sama iaitu taat?


Jawapan: Kerana Qanitah mengandungi makna kejiwaan, memiliki bayangan perasaan yang menyenangkan dan menyejukkan. Keadaan sebegini lebih memungkinkan bagi wujudnya ketenangan, kasih sayang, saling menutup dan menjaga, antara suami isteri dan anak-anak, tarbiyah famili dalam suasana indah.

Apa lak Hafizah?

Ini mudah kita faham. Yakni wanita yang jaga diri, maruah sendiri, suami, jaga aib dan air muka suami. Jaga kehormatan diri, suami dan famili. InsyaAllah, mereka yang betul-betul jaga, Allah dah janjikan jagaanNya dan pertolonganNya pula.

Ada ker wanita Qanitah dan Hafizah ni?

Al-Dua' Silahul Mu'min.

Doa itu senjata orang beriman.
Doalah.
 Semestinya wanita dua ciri ini tersembunyi dalam hiruk pikuk masyarakat penuh dosa.
Satu dalam seribu. Bergemerlap dalam gelap.

Sumber: Rusydee Artz.