Saturday 15 December 2012

12.12.12 and 1/2/34 H

Dengan Namamu Ya Rahman ar Rahim..
setiap detik 
tiap nafas dan degup nadiku hanya untukMu 


Hari berganti hari..berganti minggu serta bulan hingga tiba saatnya..
 masa semakin berlalu pergi..tak terasa ianya semakin ke penghujungnya.
Tatkala melewati sisa2 waktu yang ada sebagai mahasiswi ini, ingin menghargai tiap detik keberadaan bersama kalian..ya, kalian sahabt2ku..terasa bagaikan semalam kita baru mengenali antara satu sama lain..=')

Pada kedua tarikh ini...ada keistimewaannya kerana kedua2nya tersimpan kemas memori yang bagiku sangat2 beharga bersama kalian...
 samada 12.12.12 mahupun 1/2/34 H ini..
kedua2 ada kisah kita  bersama yang tersemat kemas di hati.

Suatu petang itu,  petang 12.12..mungkin kalian tidak menyedari petang itu bayu berhembus sangat lembut dan menenangkan serta daun musim luruh yang berguguran..seakan tersenyum melihat kita sekalian mencucuk sate beramai2..mungkin juga terharu melihat ukhwah kita yang sangat rapat. sesekali hati berdetik entahkan kapan bila lagi diri ni akan melakukan hal2 sebegini bersama kalian...



juga pada 1/2/34 H yang baru saja usai..
sgt manis, semanis kek dan tomyam yang kita beramai-ramai masak pd petang itu
untuk meraikan kelahiran sahabat2 pada malamnya, bersama keluarga Ustaz Aus yang telah menganggap kita sebagai sebahagian dari keluarga mereka..
kerana kita bagaikan satu keluarga di sini..
tergambar kecerian di satu persatu wajah biarpun jelas kepenatan sedari petang lagi menyiapkan juadah untuk sahabat yang dikasihi..
muga ianya manis buatmu juga ya ^_^

apa lagi yang terlepas ya?
oh ya..
pada kedua-dua hari ni
langit malam begitu cantik sekali..
tidak dapat ditafsirkan dengan apapun perkataan..

adakah langit yang sama ini juga mampu dilihat lagi?

dan terdetik suatu doa, terbit dari hati...
muga ia dimakbulkan dan didengariNya, 
kerana meyakini firmanNya..

"Sesungguhnya kalian sentiasa dalam pengawasanKu..."

ingin melihat lagi langitMu ni
di masa akan datang.. :')








Monday 10 December 2012

Pesanan buat hati..


.........................

“Dalam tenangnya dia terus melangkah tanpa lelah biarpun sebenarnya dia hampir rebah”

Kerna dia tahu, Allah yang sentiasa ada bersamanya.
Kerna dia tahu, Allah yang menahannya dari terus jatuh.

(‘=
 
“dan biarlah ujian yang menimpa,
kesusahan, dugaan,
bahkan kekurangan yang kamu miliki itu,
membuat kamu merasa istimewa,
di mata dan pandangan Tuhan.”
— kerana Allah memilih kamu.
 

 “Perasaan saat pertama kali disentuh tarbiyah.
Umpama jatuh cinta pandang pertama.
Bukan kepada si dia.
Tapi si Dia.”

Biarlah aku jatuh cinta pada Dia. Berkali-kali...
:')