Saturday 15 December 2012

12.12.12 and 1/2/34 H

Dengan Namamu Ya Rahman ar Rahim..
setiap detik 
tiap nafas dan degup nadiku hanya untukMu 


Hari berganti hari..berganti minggu serta bulan hingga tiba saatnya..
 masa semakin berlalu pergi..tak terasa ianya semakin ke penghujungnya.
Tatkala melewati sisa2 waktu yang ada sebagai mahasiswi ini, ingin menghargai tiap detik keberadaan bersama kalian..ya, kalian sahabt2ku..terasa bagaikan semalam kita baru mengenali antara satu sama lain..=')

Pada kedua tarikh ini...ada keistimewaannya kerana kedua2nya tersimpan kemas memori yang bagiku sangat2 beharga bersama kalian...
 samada 12.12.12 mahupun 1/2/34 H ini..
kedua2 ada kisah kita  bersama yang tersemat kemas di hati.

Suatu petang itu,  petang 12.12..mungkin kalian tidak menyedari petang itu bayu berhembus sangat lembut dan menenangkan serta daun musim luruh yang berguguran..seakan tersenyum melihat kita sekalian mencucuk sate beramai2..mungkin juga terharu melihat ukhwah kita yang sangat rapat. sesekali hati berdetik entahkan kapan bila lagi diri ni akan melakukan hal2 sebegini bersama kalian...



juga pada 1/2/34 H yang baru saja usai..
sgt manis, semanis kek dan tomyam yang kita beramai-ramai masak pd petang itu
untuk meraikan kelahiran sahabat2 pada malamnya, bersama keluarga Ustaz Aus yang telah menganggap kita sebagai sebahagian dari keluarga mereka..
kerana kita bagaikan satu keluarga di sini..
tergambar kecerian di satu persatu wajah biarpun jelas kepenatan sedari petang lagi menyiapkan juadah untuk sahabat yang dikasihi..
muga ianya manis buatmu juga ya ^_^

apa lagi yang terlepas ya?
oh ya..
pada kedua-dua hari ni
langit malam begitu cantik sekali..
tidak dapat ditafsirkan dengan apapun perkataan..

adakah langit yang sama ini juga mampu dilihat lagi?

dan terdetik suatu doa, terbit dari hati...
muga ia dimakbulkan dan didengariNya, 
kerana meyakini firmanNya..

"Sesungguhnya kalian sentiasa dalam pengawasanKu..."

ingin melihat lagi langitMu ni
di masa akan datang.. :')








Monday 10 December 2012

Pesanan buat hati..


.........................

“Dalam tenangnya dia terus melangkah tanpa lelah biarpun sebenarnya dia hampir rebah”

Kerna dia tahu, Allah yang sentiasa ada bersamanya.
Kerna dia tahu, Allah yang menahannya dari terus jatuh.

(‘=
 
“dan biarlah ujian yang menimpa,
kesusahan, dugaan,
bahkan kekurangan yang kamu miliki itu,
membuat kamu merasa istimewa,
di mata dan pandangan Tuhan.”
— kerana Allah memilih kamu.
 

 “Perasaan saat pertama kali disentuh tarbiyah.
Umpama jatuh cinta pandang pertama.
Bukan kepada si dia.
Tapi si Dia.”

Biarlah aku jatuh cinta pada Dia. Berkali-kali...
:')


Friday 16 November 2012

Voices of Gaza's Children

 (dedicated to all Syaheed people in Gaza, especially the innocent children)

I never knew death until I saw the bombing of a refugee camp
Craters filled with disfigured ankles and splattered torsos
But no sign of a face, the only impression a fading scream
I never understood pain
Until a seven-year-old girl clutched my hand
Stared up at me with soft brown eyes, waiting for answers
But I didn’t have any
I had muted breath and dry pens in my back pocket
That couldn’t fill pages of understanding or resolution

 She thinks back words and memories of his last hug before he turned and fell
Now she pumps dirty water from wells, while settlements divide and conquer
And her father’s killer sits beachfront with European vernacular
She thinks back words, while they think backwards
Of obscene notions and indigenous confusion
-Remi Kanazi-




I, too, have a dream ...
that one day Jews and Christians
will see me as I am:
a small child, lonely and afraid,
staring down the barrels of their big bazookas,
knowing I did nothing
to deserve their hatred. 


 I lived as best I could, and then I died.
Be careful where you step: the grave is wide.

 ―The Child Poets of Gaza

Have a good 'rest' dear my little syaheed. 
Jannah is waiting for you dear... ='(

"Allahumansuril Islam wal muslimin wal mujahidin 
fi Gaza, fi Palestine, fi Syria, fi Rohingya, fi Malezi 
wafi kulizamana wafi kulimakan"


Tuesday 13 November 2012

a Way to ReturN..

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
ku adukan sesalanku apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
lantas lelarkan ingatan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

ku Bersyukur hanya padaMu Tuhan 
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
 buatku melepaskan dahaga

suluhkan cahaya menerangi langkahku
serlahkan segala kiasan indah cintaMu

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku


Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku Bersyukur hanya padaMu Tuhan 
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga

Tak ku temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

_Hijrah Hati dan Diri_ =')

*Unic:Jalanku Pulang*

Monday 5 November 2012

FAith or Believe?


 -'Faith' and 'Believe'-

2 kata yang seakannya hampir sama
namun tidak pada pengertian

selalu sahaja kita menyebut

 "aku percaya itu..aku percaya ini..dan percaya nanti..."
dan bermacam lagi..

atau sekadar berkata?


" Saya sayang Allah.."


yeke??

Insan yang Cintakan Allah ,
mana mungkin sanggup 

melakukan perkara yang dilarangNya..

Walaupun hanya sebesar zarah...

hey,come on laa.
WAKE UPP ..!!

"Saya mestilah mencintai Allah dengan Kecintaan yang menyebabkan
saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.."

=')

Allahu Allah..

Sungguh sebenarnya Allah sangat kasih pada kita

so have a FAITH to Allah,
Yakin..Yakin..YAKIN
dan ber'gantung'lah kepadaNya dengan sepenuhnya!


"saya mestilah Muslim dari sudut Aqidah" -Maza Yakni-


Bernafaslah dalam jiwa Hamba... 



Orang yang tahu bahawa dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT kelak, adalah orang yang tidak akan membazirkan waktunya dengan perkara yang sia-sia.Kerana dia tahu, dia akan sukar hendak menceritakan kepada Allah kelak, akan mengapa dia menghabiskan waktunya dengan perkara yang sia-sia.
-Hilal Asyraf-


::Hadiah Dari Rabbi::

 Ada pepatah menyebut

"hidup umpamanya ombak"
punyai badai dan gelombang
kadang kala bergelora
dan juga ada pasang surutnya..

Hidup juga umpama sebuah "sketsa hidup"
di mana penghakhiran jalan cerita tidak akan  kita ketahui  
samada pengakhiran cerita ini  mengembirakan
mahupun sebaliknya

begitulah perjalanan hidup ini

samada ingin meneruskannya
ataupun berhenti di pertengahan

semuanya terletak pada PILIHAN yang kita lakukan..

"Ihdinassiratthal Mustaqim"~ 
Tuntuni daku jalanMu yang benar Ya Rabb..

berMujahadah itu Sukar
kerana Syurga yang menanti itu Indah 
=')



Wednesday 24 October 2012

Cerita hati ^_^

<3 SMIAS..

:)

godek2 gambar, terjumpa gambar nih..

pe lagi, tgn trus laju utk mengedit ^_^

hmm...tyme ni tak salah waktu bulan Julai, jaulah rabitah kami ke terengganu,dan ni kami akhowat smias yang comel2  (haha, pasan plak  :p)

best sgt, banyak sgt tempat yang kami pi..kalau nk cter x cukup stu page ni.
xsangka lani da nk raya haji, cpt ja mase berlalu...


namun, bila terlihat gmbar ni, 
da mula merindui antum ;(


rase nk kembali ke saat mase ni..happy je tyme ni
Insyaallah..mungkin da next jaulah akan datang nih.yeah! :D

"ukhwah dipadu, fikrah disatu"

dan seuntai kata buatmu sahabat hatiku

Mengertilah..
kau siang malamku
kau tangis tawaku
duhai sahabat hatiku..
=') 

~alamak, bju x kemas lgi nk balik malam nih..aigoo~~

Tuesday 16 October 2012

Sayap Kiri Perjuangan...


Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Abi, ceritakan padaku tentang wanita sejati." Si ayah pun menoleh kemudian tersenyum.

Anakku, seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya melainkan dari kecantikan hati yang ada dibaliknya.

Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona melainkan dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan melainkan dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu.

Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya melainkan dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa melainkan dari bagaimana cara ia berbicara.

Si ayah diam sejenak sambil melihat ke arah puterinya.

"Lantas apa lagi abi?" sahut puterinya.

Ketahuilah puteriku…

Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian melainkan sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di jalan melainkan kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani melainkan sejauh mana ia menghadapia ujian itu dengan penuh rasa syukur dan ingatlah!

Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul melainkan sejauh mana ia boleh menjaga kehormatannya dalam bergaul.

Setelah itu si anak kembali bertanya...

"Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu Abi?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "teladanilah mereka!" Si anak pun mengambil buku itu dan melihat sebuah tulisan "Isteri-Isteri Rasulullah".
 
~may Allah bless.

Monday 15 October 2012

..Terapi Qalbi..Zikrullah~

Bismillahirahmanirrahim..
ku mulai dengan Al-Fatihah yang indah 
serta selawat 
puji-pujian buat kekasihMu Muhammad s.a.w...=)


Rasulullah s.a.w bersabda "Doa adalah senjata orang mukmin"
 
'Senjata' yang dimaksudkan ini bukanlah seperti senapang atau 'riffle' yang biasa kita dengar. 'Senjata' ni juga tak susah untuk memilikinya. cukup kedua-dua tapak tangan, berserta hati yang ikhlas penuh pengharapan menadah memohon sesuatu hajat. Eya..hanya 2 tangan sahaja. Sangat mudah bukan?=)


Dalam kesempatan lain baginda bersabda,

"Doa adalah inti ibadah"


Dengan adanya doa dan zikir, seorang mukmin mendapatkan cinta Rabbnya, terhindar daripada berbagai gangguan jahat, dan imannya akan kuat, menjadikan kehidupan harian sentiasa tenang dan bahagia..


Doa adalah bukti keyakinan kita terhadapNya. Kerana jalan orang mukmin tidak lari dari rasa sepi dan kesedihan, dan terapi yang terbaik adalah dengan doa dan zikir. Begitu mujarabnya terapi ni bahkan dalam suasana perang sekalipun, doa dan zikir dilaungkan dengan semangat.
 

Sehinggakan para mujahid kekasih Allah yang ditembak mati oleh rejim musuh Islam..tetap melafazkan kalimah Indah ni. 
Allahu Allah..~


Jika demikian, masihkan ada keraguan untuk memperbanyakkan doa dan zikir?
 
Alunkanlah zikrullah dalam hatimu~



::Kanvas Hati::



kanvas hati ini
dipenuhi cahaya Mihrabnya

dan malaikat turut tersenyum
kerana ketelusan dan ikhlas hatinya berikrar

"aku redha Allah itu tuhanku
dan Islam adalah agamaku
dan Muhammad adalah Nabi dan Rasulku"

dan di lisanya
tiada yang lain meniti di bibirnya
melainkan hanya Illahi Rabbi..

-nabilahuda-

Friday 14 September 2012

Rakyat yang tidak akan disiakan oleh Allah




Surat Prof. Dr. Muhammad Badi` (28 Jun 2012)

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله الأمين، وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد.

Ucapan Pertama

Sesungguhnya ucapan pertama yang disebutkan oleh Ketua Wanita Seluruh Alam, Khadijah (r.a) kepada Rasulullah (saw) adalah :
Bahkan bergembiralah, Allah itu tidak akan menyia-nyiakan kamu selama-lamanya
(Riwayat Al-Bukhari).

Ianya juga adalah ucapan yang sama diucapkan oleh Ibu Seluruh Penduduk Mesir, Hajar ketika beliau bertanya suaminya, Bapa Para Nabi, Ibrahim a.s.
Adakah Allah yang menyuruh engkau melakukan (penyembelihan ke atas Ismail) ini?”
setelah beliau menerima pengesahan itu dengan ucapan (Ibrahim as) : “Ya”, lantas dia menjawabnya dengan penuh percaya, tawakal dan sangat yakin kepada Allah Taala :
“Kalau begitu, Dia tidak akan menyiakan kita
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Revolusi Yang Ajaib

Sesungguhnya, revolusi yang berlaku di Mesir (mendapat keputusan) yang sangat berbeza dari jangkauan penganalisis, ahli politik, dan pakar-pakar dalam bidang ini. (Revolusi Mesir) berjaya hanya dengan sedikit bilangan pertumpahan darah, pengorbanan dan luka-luka. Sehinggakan, para cendekiawan telah bersepakat menamakannya sebagai “Keajaiban”- kerana ia adalah kehendak rakyat.

Pastinya malam telah berlalu, dan muncullah cahaya pagi.

Sesungguhnya, rakyat Mesir lebih benar dari (jangkauan) berita-berita para penganalisis,saluran satelit dan laporan-laporan tersembunyi. Bahkan, rakyat Mesir mampu mengumumkan kemampuannya ditengah-tengah ramalan, jangkauan, serta spekulasi dengan penuh keazaman yang tidak ragu-ragu, dengan kekuatan perhimpunan yang sentiasa bertambah, yang menzahirkan undang-undang rakyat juga revolusi.


Menuju Kestabilan, Keselamatan dan Kemakmuran.

Berhadapan desakan yang sangat kuat, rakyat Mesir mencipta revolusinya sendiri. Revolusi yang merubah sistem yang musnah, lalu mereka memilih Presiden dari kalangan mereka, yang memimpin Republik kedua, supaya Presiden itu untuk semua rakyat Mesir, dan terbit darinya (Insyaallah) kesatuan negara dan pembarisan rakyat. Dan diambil darinya janji keamanan, kestabilan, kebangkitan dan kemajuan.

Walaupun pelbagai cubaan untuk memberi kesan (buruk) kepada haluan rakyat Mesir, namun ia hanya membawa kepada memperbanyakkan pertahanan revolusi, dan menolak sistem yang musnah. Kehendak Allah telah mendahului rakyat ini, yang mereka itu sangat bersikap jujur, ikhlas, dan tiada kepentingan. Mereka menunjukkan pengorbanan-pengorbanan, syuhada, dan orang yang ditimpa kesusahan kepadaTuhan mereka . Lalu, pastinya ditulis nama Mesir dengan huruf-huruf cahaya, dan dikembalikan kedudukannya yang asal, ditengah-tengah rakyat dan negara-negara dunia.

Masyarakat Pemula Kebangkitan

Dalam peringkat dunia Islam kita ini pula, telah diumumkan pelancaran kebangkitan masyarakat. Kelahiran perubah telah mula kuat sistemnya dari peringkat atasan. Dan kelahiran yang baru telah dimuliakan dengan cahaya-cahaya impian seluruh alam. Dengan kehendak rakyat yang bebas, yang semakin kuat setiap hari, sesungguhnya tanaman kehendak ini akan menghasilkan buah yang banyak dan terus banyak. Dari pengembalian kemuliaan dan kebebebasan, serta perolehan kembali hak-hak yang dihilangkan oleh sistem yang musnah. Ia adalah perkara yang dilaungkan oleh rakyat seluruh dunia. Statistik dari Amarika menunjukkan : 70% rakyat Amarika melihat positif tentang hal rakyat Mesir khasnya, dan 56% kepada rakyat Arab secara amnya.

Tibanya Waktu Memungut Hasil

Rakyat menyahut seruan kebenaran, lalu mereka mendapat hasil kemenangan yang nyata. Rakyat yang sangat yakin dengan kemenangan dari Tuhannya, maka jadilah hasil itu penuh dengan kemuliaan dan kebanggaan. Rakyat yang membantu arah keadilan, maka jadilah hasil itu dengan kebebasan dalam tangan mereka. Rakyat yang mampu melakukan perkara demikian tidak akan disiakan oleh Allah selama-lamanya. Dan inilah dia hakikat yang jelas yang tidak dapat dilihat oleh orang licik, ditundukkan padanya orang lalai, dan bangunlah darinya orang-orang yang berakal, bagi bersama-sama menyatukan barisan Mesir yang sangat dicintai, yang merindui bantuan dari penduduknya.

Di Ambang Kebangkitan Mesir

Rakyat yang selamanya tidak akan disiakan oleh Allah adalah yang akan menuju ke gerbang kebangkitan yang sebenar, memerlukan perjalanan yang pantas, kerja yang berterusan, melawan rintangan, dan menyeberang celahan-celahan. Sehingga berubahnya mimpi menjadi raliti. Yang jauh dari slogan-slogan, atau permasalahan yang tidak dapat merealisasikan impian. Maka kejayaan itu bermula, dan kemenangan itu bukanlah pengakhirannya. Dan kita akan berada dihari kemenangan dengan sangat dekat. Dan akan tinggallah fajar yang sentiasa menjadi baru dalam kebangkitan benang-benangnya.

Syed Qutb berkata :
Dunia Islam tidak akan tidur setelah kebangkitannya, dan tidak akan mati dunia Islam ini setelah kebangkitannya, kalau ia ditakdirkan mati, maka ia akan mati. Namun, tidak akan mati Aqidatul Hayyah (Pegangan hidup- Islam) yang memimpin pertempuran, kerana ia dari roh Allah, dan Allah itu, hidup dan tidak akan mati.”

Selawat keatas pemimpin Muhammad saw. Allahu Akbar, walillahil hamd.

Hidup Mesir, hidup rakyatnya.
Kaherah : 8 Syakban bersamaan 28 Jun 2012.



-Surat Cinta untuk Si Manis-



KEPADA si manis wanita peliharaan ALLAH S.W.T,

Mengapa dirimu sering bersedih dengaan ujian yang sedang dilalui? Mengapa matamu yang jernih itu sering dibasahi air mata untuk sesuatu yang tidak akan mendatangkan manfaat kepadamu?


Janganlah dibazirkan air matamu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah telah lupakepada Pemilik nyawa?


Sekarang... pejamkan mata dan rasailah gerak hati yang bersih. Dapatkah dirimu rasakan yang DIA bersama dan sedang memujuk dan memelukmu bersama dengan kalimah- kalimah suci yang terangkum menjadi satu kitab cinta umat Islam yakni al-Quran? Ingatlah... dirimu tidak pernah keseorangan tatkala berasakan dunia ini meminggirkanmu.


Ingatlah si manis, saat dunia memandang lemah dan mengenepikanmu, ALLAH S.W.T masih kekal bersama. Senafas pun ALLAH S.W.T tidak meninggalkanmu. Tidakkah dirimu berasa begitu istimewa? Selangkah dirimu mendekati TUHAN, sehasta DIA menghampiri.


Tahukah dirimu bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Setiap manusia itu pasti melalui pancaroba berdasarkan kemampuan. Mengukur kemampuan itu adalah di luar kebolehan insan yakni hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui.


Anggaplah bahawa ujian itu sebagai tarbiyah agar tidak alpa dalam kehidupan. Kadang kala dirimu berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika lain dirimu berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri sehingga air mata menitis membasahi wajah yang mulus.


Namun fahamilah hakikat seorang hamba. ALLAH berhak ke atasmu. Suka dan duka tetap menjadi nikmat dan kurnia yang dianugerahkan. Jika ingin mengakhiri kehidupan ini dengan kebaikan maka mulakanlah dengan langkah dengan amalan yang diredhai. Sekiranya memilih untuk menghabiskan sisa waktu dengan keburukan, maka sepanjang kehidupan pasti diselubungi dengan kegelapan sehingga detik nafas yang terakhir.


Tapi ingatlah wahai si manis, ALLAH S.W.T tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, hadapilah ia dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA yang sabar. Percayalah dengan kata-kata ALLAH S.W.T ini kepada hamba-hamba-NYA,


“ALLAH tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya TUHAN kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah.”
- Al- Baqarah: 286

Si manis juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu kelak. Malah insya-ALLAH, dirimu akan berdiri cemerlang dengan kehendak-NYA. Ingatlah kepada Yang Khaliq, Maha Pencipta. DIA akan sentiasa berada di sisi tidak kira ketika susah mahupun senang.


Wahai si manis, hentikanlah tangisanmu. Bersihkan wajahmu dengan wuduk supaya nur kebahagiaan kembali terpancar di wajah. Tabah ya, si manis dan teruskan perjuangan dengan penuh keyakinan. Berdoalah kepada ALLAH S.W.T agar membawa pergi dukamu saat titisan air itu mengalir membasahi anggota bagi mensucikanmu.


Raupkan wajah dengan air mutlak bagi menyinari wajahmu yang sendu. Usapi tanganmu serata-ratanya dengan harapan sentuhan-sentuhan lalu yang bergelang dosa dapat disucikan. Sentuhi pula ubun-ubun dengan kejernihan air yang mengalir agar dapat meringankan duka yang sedang membeku dan menyinggahi pundakmu.


Sucikan pendengaran agar dirimu hanya mendengar bait-bait indah yang mampu mententeramkan dan semoga penyucian sebahagian kaki dapat membawa langkah-langkah menuju keindahan syurga. Justeru, ikhlaslah bersimpuh dan bersujud menghadap ALLAH S.W.T, Yang sangat Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hamba-NYA.


Bermula saat ini, berhentilah daripada meratapi nasib kerana rintihan sendu yang meratapi keadaanmu itu datangnya daripada bisikan syaitan durjana. Mohonlah kepada-NYA agar diberi kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.

Si manis ciptaan ALLAH  S.W.T,


Coretan peringatan ini dibuat untuk dirimu jua wanita-wanita terhebat yang lain. Ingatlah... dirimu dan insan di sekeliling hanyalah penumpang sementara yang diberi pinjaman nafas hidup di dunia ALLAH yang fana ini. Dunia ini umpama perjalanan di dalam hutan yang penuh dengan duri dan berkongsi pula dengan si jinak dan si buas. Kadang kala dirimu akan alpa dengan keindahan dan ketenangannya.


Lupa kepada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika tidak berhati-hati, dirimu akan terluka dicucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Akhirnya, dirimu akan merintih dan mengaduh kesakitan. Menangis dan mengharapkan pertolongan.


Oleh itu... berhati-hatilah kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang dilalui itu atau mungkin menyangkakan si jinak akan terus bermain manja mendekatimu. Hakikatnya, si jinak mampu menjadi buas jika ada yang memujuk menunjukkan kekuatannya.


Mereka hanya menunggu masa untuk menunjukkan kekuasaannya kerana telah terlupa akan status hamba yang dipeganginya. Andai kata dirimu tersilap langkah dan terlalu jujur menilai, tidak mustahil akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu.


Dalam mengharungi hidup yang penuh ranjau berduri, dirimu akan berhadapan dengan masalah yang menyesakkan jiwa dan minda. Tetapi si manis, jangan khuatir... ALLAH kan ada? Lalu berdoalah selalu dan mintalah pertolongan untuk dituntun ke jalan lurus. Benar... masalah itu akan meragut ketenangan hati.


Fikiran disogok dengan kepedihan dan kenangan lalu hingga membawa minda menerawang entah ke mana dan akan membuatkan jiwa tidak pernah tenteram. Waktu itu mulalah fi kiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan mulai timbul. Hati tidak keruan memikirkan masalah. Sebagai insan lemah, Pencipta yang Maha Esa akan mula dilupakan.


Jangan... jangan jadi seperti itu. Jangan dilupa siapa yang mencipta dirimu dan apakah hakikat kehidupan yang sebenarnya sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Pujuklah hati dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya dirimu akan berasa lebih tenang. Jangan menangis lagi ya...


Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.”
- Ali Imran:139

Wahai si manis,


Andai jiwamu terhimpit dengan penyesalan, sering berasa gusar di atas kealpaan suatu ketika dahulu bahkan masih terasa diri dipalit dosa-dosa hitam, maka menangislah. Jika dirimu mengalirkan air mata keinsafan, itu lebih bermakna. Cara itu mampu mendekatkanmu dengan-NYA. Mintalah kepada- NYA keampunan dengan sungguh-sungguh. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.


“Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-KU maka AKU mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan AKU tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-KU nescaya KU- ampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-KU dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-KU tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan- KU, nescaya AKU datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula.”
-Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah

Jadikan kisah silam sebagai pengajaran yang bermakna. Sematkanlah di dalam hati supaya dirimu tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguhlah kepada tali agama dan ingatlah kepada ajaran Islam.


Percaya dan yakinlah sepenuh hati bahawa ALLAH akan mengampuni dosa-dosa dan mengurniakan maghfi rah buatmu. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Namun, dengan kesilapan jugalah akan menguatkan kita.


Si manis, kenapa harus menunggu esok untuk tersenyum? Kembalilah tersenyum bermula pada saat ini, saat dirimu sedang membaca nukilan bisu ini...


Kita sangat beruntung dilahirkan menjadi seorang muslimah. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walaupun perkara itu kecil, hati akan menjadi sangat senang dan mudah dengan landasan kehidupan yang diberi petunjuk. Bukankah begitu?

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti mereka akan diuji. Ini adalah ketetapan ALLAH yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda dan kematian kerana ALLAH itu lebih berhak atas segala- galanya. ALLAH ingin menguji cinta hamba-NYA adakah setebal cinta-NYA kepada hamba-NYA.


Yakinlah bahawa ALLAH S.W.T itu Maha Melihat dan Maha Mendengar. Tiada satu pun yang akan tersembunyi dan terlupa kerana DIA menjadi saksi kehidupan ini. Hidup akan terus berjalan meski penuh dengan tangisan sehingga sampai waktunya. Ingat... DIA tidak akan membebankan setiap hamba dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-NYA. Pasti tidak!


Kembalilah untuk tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi berpahat kukuh. Pesan terakhir, jangan lupa untuk bersolat dan bersujud sepenuh hati kerana di situlah punca kedamaian dan kebahagiaan. Bersedialah untuk mengejar cantiknya ufuk fajar sebelum ia terbenam dan tidak muncul kembali...

Dipetik dari buku :Tika Bidadari Berbisik

Tuesday 4 September 2012

Qalbi Nadak(seruan Hati-warkah hati Muslimah)



Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar qalbimu?
muga sentiasa disirami zikir cinta Ilallah...=)



Alhamdulillah.....Tiada daya kekuatan melainkan semuanya Dari Allah..
kini segalanya semakin jelas
membuatkan visi dan misi hidupku kembali terarah..


perjalanan ku masih jaaaauuuh,
jangan kerana hal sekecil ni, membuat matlamat asalku terpesong...

pandangan ibu dan ayah kita perlu diutamakan...kerana sesungguhnya :

"keredhaan ALLAH bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan murka ALLAH juga terletak pada murka kedua orang tuamu"
(Rawahul al Hakim)

begitu bernas hujjah yang dinyatakan oleh Ustazah Fatimah Syarha dalam nukilan beliau dalam novel yang bertajuk Seindah Mawar Berduri :

'Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Kerana wanita, ramai lelaki menjadi lalai dan tergelincir daripada prinsip perjuangannya sendiri.
 
 

Saya tidak ingin menjadi wanita akhir zaman yang menjadi fitnah buat lelaki. Dengan menutup pintu perkenalan antara saya dan mana-mana lelaki insyaallah terlaksanalah amanah saya kepada Allah SWT untuk menjadi wanita akhir zaman yang TIDAK menyumbang kepada kelalaian lelaki.

CINTA ALLAH, RASUL DAN JIHAD PERLU MELEBIHI CINTA KEPADA MANUSIA DAN DUNIA.

Moga-moga berkat pemeliharaan diri dan hati, Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintaiNya, lelaki yang mampu membimbing saya yang lemah ini ke jalan lebih Allah redhai...




ALLAH......

janganlah Kau uji imanku dan hatiku dengan perkara2 begini lagi sebelum tiba masanya...

now, looking forward to be a good muslimah..insyaALLAH...

MATLAMAT HIDUP=)
- ABDULLAH MUTI'AH [ Hamba Allah yang Taat ]
- BINTU SOLEHAH [ Anak yang Solehah ]
- FATAATU MUTAADDIBAH [ Remaja Beradab ]
- TOOLIBAH MUMTAZAH [ Pelajar Cemerlang ]
- ZAUJAH MAHBUBAH [ Isteri yang Disayangi ]
- UMMU A'QILAH [ Ibu yang Cerdik ]
- MUJAHIDAH MUKMINAH [ Pejuang Agama yang Beriman ]
- SYAHIDAH FI SABILILLAH [ Kembali bertemu Allah dalam keadaan mati Syahid ]

kena sentiasa reffresh matlamat2 ni, biar kita tahu tujuan hidup kita, yang paling penting tujuan utama kita dijadikan adalah..

'Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku'
Surah Az-Zariat ayat 56

aamin, aamin ya Rabb~~

biar suatu hari nanti zauj ku boleh menyayikan lgu nasyid ini untukku ♥

Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran,
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan,
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan,
~~~


Pinanglah daku kerana dakwah.....
kerana CintaNya

=')