Friday 25 November 2011

3 PengecAt DindiNg..

Alkisahnya... ada 3orang pengecat dinding yang mepunyai kelainan masing-masing..
Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. 
Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan.
Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.


Agak-agak kita berada di kategori mana? Aplikasikan dengan kerja daie kita..

Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja daie, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

Atau anda gembira dengan perjuangan di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berada di kategori ketiga, anda menyebarkan dakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah tidak semestinya anda perlu seperti layaknya seorang sufi. Hanya menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran sesama rakan, malahan menyebarkan kata-kata yang damai dan menenangkan juga adalah antara kilauan mutiara dakwah.
Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Jujur saya memberitahu ia bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya seperti pengecat  ketiga ini, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran). Bukan hanya menerima semata-mata, tapi juga memberi kepada yang lain juga ^__^




Wednesday 16 November 2011

Talian Hayat dariNya??

Keyakinan Akan dtgnya Bantuan Allah dlm diri ada rasa IKLAS DAN rasa Taubat yg amat sungguh2...

*rujuk (At-Taubah:112)

Atta’ibun senantiasa memperbaharui taubat, kerana setiap bani Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yanang berbuat salah adalah orang yang segera beristighfar & bertaubat.

~ Al’abidun senantiasa mengabdi kepada Allah swt. Duhai, sejauh mana kita mengabdikan diri kepada-Nya ? Hanya di saat gembira saja, di kala sedih, atau di setiap situasi dan waktu lain pula?tepuk dada tanyalah iman.

~ Alhamidun setkan hati untuk sentiasa senang ketika Allah swt memanggil & menyeru dgn perintah & larangan. Segeralah menuju Allah swt dgn bersyukur & suka cita.

~Assa’ihun hendaknya senantiasa siap siaga untuk berjihad menegakkan keadilan, menyemai kebahagiaan dan menebar rasa aman di tengah-2 masyarakat. Tak lupa berjihad mengendalikan hawa nafsu dgn bermujahadah.

Arraki’un Assajidun "Ya Allah, jadikan kami termasuk org2 yg senantiasa ruku’ & sujud secara berjama’ah. Ya Allah, jangan halangi kami utk itu kerana sakit / malas.."

Al Aamiruna bil ma’ruf wannahuna ’anil munkar menegakkan yang baik & melarang yg buruk. Duhai indahnya ke 2 hal ini jika dilaksanakan dengan seimbang.=)

~  Alhafidhuna lihududillah menjaga dan menerapkan hukum-2 Allah swt, kerana tiada satu pun hukum dan perintah Allah swt yang tidak layak diterapkan dan dijalankan malahan membawa manfaat & jauh dari mudharat.


jika di atas dijalankan dengan baik, maka layaklah kita mendapat khabar gembira dari Allah swt ”wabasy syiril mukminin"

Sungguh, ketika rasa takut lenyap dari hati, tatkala rasa sedih menghilang dari jiwa, ketika itu kita merasakan ma’iyyatullah (bersama Allah swt) & kerananya kita akan mendapatkan pertolongan & kemenangan dari-Nya.
yakinlah pada janjiNyA..^^
"..sesungguhnya pertolongan Allah adalah sgt dekat"