Saturday 19 October 2013

Orang Tak Solat = Makhluk Menakutkan Takdak Kepala !!?

*batuk2 kecil*

ok... sy agak tajuk kali ni agak pelik kedengaran. 
tapi percayalah  ia sangat menarik! ^_^

Ini adalah tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah... Ceritanya bermula begini.......~
~~
Ibarat Batang Mancis..
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah (lebih kurang kut noh).

ok.ini bukan tulisan saya.


1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala. 
2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.
3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.
4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.
5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

So kesimpulan secara mudahnya...

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari.!!(-_-)

~~
Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini....

"ok, bagaimana kalau kita ni dah rajin solat (bajet bagus la ni, keh3) tapi macam adik2,abang2 dan kakak or kalau bini dan anak2 (yang ada  dah) tu tak solat??
dah suruh banyak kali xnak juga gerak2 .sampai tak solat...dah segala pelbagai juta cara dah guna dan tak berhasil juga???"

hehew..err, maaf k , ini serius.

Eya, kadang2 orang sekeliling juga turut mempengaruhi dalam melakukan pengamalan ibadah, ataupun bahasa kampung saya dipanggil "biah"...kita ni dah la masalah nak kuatkan diri satu hal..ni tambah plak keadaan orang sekeliling yang tidak ndakk solat.
Firstly saya tanya, agak2 kalau adik2 kamu degil juga xnak solat, ape kamu akan buat??
Lempang? cubit? ataupun mungkin Tampar?
kalau itu caranya cara dididikan anda, anda dah melakukan kesilapan besaww!

Errkk..yke?? dah tu??ade care yang lebih baik ?? 
bagi cokelat eh?

ye ade.
tp cokelat tu bak sini.
*gurau je.heh

caranya? kekuatan utama kita kita..semestinya doa!
Ad' dua silahul mukmin. 
suka saya ingin berkongsi satu kisah benar dari luahan seorang surirumah..buat pedoman bersama..

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....
Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.
saya dah buat silap.
Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.
Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..
Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.
Tak perlu disuruh....
Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..
Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.
Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...
solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.
Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40
Dan Doa adalah ...
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....
[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

Menarik bukan?
In Shaa Allah... Jom Amal....
yang paling penting jangan berputus asa terhadap kebergantungan kita padaNya..yeah~
disamping kita ingin istiqamah beramal, moga2 ahli bait (ahli rumah) , pasangan juga zuriat  kita semua rajin mendirikan solat bersama....
Aamiinn..aamiin ya Rabb...
*senyum lebar sampai telinga*








Sunday 6 October 2013

::Hakikat Manusia-Secicipan dari Waliyullah::

Buat pedoman kita bersama...

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

|Almarhum Shaykh al-Tantawi, rahimahullah|




Monday 16 September 2013

Bara'ah si Hafidzah cilik.

Bara'ah Abu Lail, seindah nama juga rupa.




Gadis kecil  ini berumur 10 tahun. Berasal  dari Mesir dan  kedua orang tuanya doktor . Suatu waktu mereka sekeluarga berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 

Pada usia ini, Bara'ah sudahpun menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajweed. Keluarganya sederhana dan berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya, hinggalah suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang teramat dan setelah beberapa kali diperiksa, tahulah bahawasanya ibunya menderita kanser di tahap kronik. Namun ibu Bara’ah memikirkan bagaimana untuk memberitahu  Bara’ah, lalu diucapkan pada si puterinya,

"Bara’ah aku akan pergi ke syurga , tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak... "

Gadis kecil itu tidak mengerti apa yang ibunya katakan , Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ibunya mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Setiap kali habis waktu persekolahnnya gadis kecil ini  menjenguk ibunya ke hospital dan membacakan Quran untuk ibunya sampai malam sehingga ayahnya datang dan membawanya pulang. 

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah Bara’ah bahwa keadaan isterinya itu sangat kritikal dan dia perlu datang segera ke hospital, lalu ayah Bara’ah menjemput Bara’ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tunggu dalam kereta supaya dia tidak terkejut seandainya  ibunya meninggal dunia. Ayahnya yang tergesa-gesa keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya menyeberang jalan untuk masuk hospital,akan  tetapi takdir Allah taala  tiba-tiba datang sebuah kereta dalam keadaan laju dan melanggar ayah Bara’ah.dia meninggal ketika itu juga di depan mata puterinya itu...

Betapa tak terbayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu...! Tragedi Bara’ah belum selesai sampai di sini... berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Bara’ah yang koma dan masih terlantar di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu Bara’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya ..

Tak berapa lama tinggal di Mesir, Bara’ah mulai mengalami kesakitan seperti yang pernah dialami ibunya, lalu dibuat pemeriksaan doktor dan didapati Bara’ah juga mengidap kanser..Bara’ah menjawab di kala itu: 

"Alhamdulillah, saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya." 

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya.

Subhanallah...

Pada ketika itu kisah Bara'ah mula mendapat perhatian orang ramai, dan salah seorang dermawan dari Saudi memutuskan untuk mengurus segala kos perubatan Bara’ah. 

Salah satu channel TV Islam "Al Hafiz"  juga sempat menghubunginya  melalui dan memintanya untuk membaca Quran dan kedengaranlah  suara indah  yang di lantunkan oleh Bara’ah, sehinggakan menitis airmata hafiz yang mengendalikan rancangan tersebut...

 

Hari-hari berlalu dan kanser mulai merebak di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk memotong kakinya, dan dia tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya. Beberapa hari setelah pembedahan kakinya kansernya telah merebak keseluruhan otaknya, lalu doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak, dan Bara’ah koma seketika sebelum dijemput bertemu ibunya disyurga pada 26 Jun 2010.

sumber dari; FB Dato'  Tuan Ibrahim  Tuan Man.

P/s: Kisah kematian terindah..muga punyai ketabahan sebesar jiwa Bara'ah
tenanglah dirimu  dan berbahagialah di samping ibu ayahmu..Al- Fatihah... :')

Friday 13 September 2013

Hamdalah


Untuk semua deraian air mata.
Untuk semua duka lara.
Untuk semua rasa yang terluka.
Untuk yang hampir berputus asa.

Ucapkanlah, alhamdulillah.
Alhamdulillah. Segala puji bagi-Mu Tuhanku.
Kerana memberikan semua 'rasa-rasa' itu.

Kerana apa harus bersyukur?
Kerana di sebaliknya Allah mahu datangkan senyuman kebahagiaan.

Saat susah, nak ucapkan syukur memang sukar.
Tetapi di situlah ada ganjaran yang terindah.
Buat mereka yang terus Yakin dengan janji-janji Allah..

Always say, i'm praise to Allah!

"Abdan syakuro"
=')

Tuhanku, jadikan daku hamba yang selalu bersyukur. Amin...


Saturday 17 August 2013

Gadis dan Solehah

Salah satu status di fb menarik perhatianku..

Credit to:haslinda alias 


Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, 

kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. 

Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia."

:')



mungkin diri tidak bernilai solehah di mata manusia
cukuplah di Lauh Mahfuz sudah tercatat solehahku pada pandanganMu.. 


Terdidik wanita. terdidik generasi

Belajar dari kisah-kisah wanita Hebat di zaman Habibuna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam.InsyaAllah

Wanita, muslimah atau perempuan merupakan calon madrasah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Hakikatnya, mendidik madrasah (wanita) adalah untuk melahirkan madrasah-madrasah(anak-anak). Jika baik madrasah yang dididik itu, maka baiklah madrasah-madrasah yang akan dihasilkan kelak. Betapa di dalam Islam, turut ditekankan tentang kepentingan mendidik wanita dalam usaha melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk menjadi penerus kepada perjuangan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Walaupun dewasa ini telah wujud banyak madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun pesantren-pesantren dalam usaha untuk mendidik anak-anak, pada hakikatnya belum dapat menandingi madrasah-madrasah yang ditadbir oleh kedua ibu bapa. Kuasa ibu dan bapa sangat besar impaknya dalam melahirkan generasi-generasi penerus perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang kuat rohani dan jasmaninya apatah lagi cerdas fikirannya.

Sayyidatuna Aisyah RA ketika menghuraikan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم menyatakan bahawa tiada fitnah yang paling besar melainkan fitnah wanita kepada lelaki. Maka, pada zaman modenisasi yang mana umat manusia disogok dengan pelbagai kemudahan, dilalaikan dengan bermacam-macam-macam hiburan dan budaya-budaya yang entah dari mana datangnya musuh-musuh Islam dengan bijaknya menggunakan wanita sebagai umpan untuk merosakkan umat manusia yang muslim terutamanya. Sedarkah kita? Wanita dipaparkan di media-media, di FB-FB dan sebagainya. Oleh itu, betapa pentingnya mendidik madrasah yakni wanita yang bakal melahirkan madrasah (anak-anak) kelak.

“Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Namun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya adalah untuk baiknya moral seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang wanita itu.”

Terdapat banyak kisah-kisah wanita-wanita agung ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dididik untuk menjadi madrasah yang baik dan hasilnya melahirkan madrasah-madrasah yang baik juga. Betapa madrasah ibu telah terbukti berjaya melahirkan pejuang-pejuang yang hebat di dunia dan akhirat serta tinggi akhlak dan adabnya.

Madrasah IBU

1- Madrasah Ibu ketika zaman Bani Israel (kisah Maryam)

Ibu kepada Maryam berdoa ketika Maryam masih di dalam kandungannya dengan doa ini:

"Ya Allah aku bernazar, janin yang ada di dalam perutku ini, untuk aku jadikan MUHARRAR (untuk berkhidmat) di Baitulmaqdis, maka perkenankanlah nazarku ini wahai Allah."

Walaubagaimanapun, ketika lahirnya Maryam, ibunya tidak dapat menghantarnya ke Baitulmaqdis untuk berkhidmat di sana kerana keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan. Namun kerana cita-cita dan kecintaan ibunya yang amat mendalam kepada Allah, ibunya menamakannya dengan nama Maryam yang membawa maksud orang yang berkhidmat kepada Allah dan berharap agar Maryam akan menjadi seperti maksud di sebalik namanya itu.


2- Mardasah Ibu ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم (Sayyidutina Fatimah R.A)

"Generasi penerus perjuangan Rasulullah"

Sayyidatuna Fatimah RA si puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendapat jolokan Al-Batul yang bermaksud tidak pernah putus beribadah kepada Allah swt.

Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra' dididik oleh kota kepada tarbiyyah iaitu Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka atas didikan yang diterima daripada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu beliau telah berjaya melahirkan pejuang-pejuang agama yang hebat iaitu Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain, dua orang cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Dikisahkan pada suatu hari Sayyidatuna Fatimah RA pergi menziarahi Rasulullahصلى الله عليه وسلم di rumah Baginda dan bertanyakan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkenaan apakah yang lebih baik daripada pembantu? Maka dijawabnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bacalah

Subhanallah( 33x), Alhamdulillah (33x) dan Allahu Akhbar (34x) (Dinamakan sebagai zikir Fatimah)

Maka ketika pulanq ke rumahnya, Sayyidatuna Fatimah RA berkata kepada suaminya Sayyiduna Ali Kwj.
"Wahai suamiku Ali, sesungguhnya ketika aku berjumpa bapaku, aku menginginkan dunia tetapi aku membawa pulang akhirat untukmu"

Daripada madrasah ibu ini iaitu madrasah Sayyidatuna Fatimah RA lahirnya dua orang putera yakni Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain yang sangat menjaga adabnya terhadap orang yang lebih tua. Bukti ketinggian adab mereka ini dapat dilihat di dalam sebuah kisah yang menceritakan tentang suatu peristiwa ketika mana mereka ingin menegur seorang lelaki tua yang salah cara wudhuknya. Subhanallah Tabarakallah..


3-Madrasah Ibu selepas zaman Rasulullah (Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz)

Calon ibunya merupakan merupakan seorang gadis yang jujur dalam berniaga. Ibu kepada ibunya yang menyuruhnya agar ditambahkan air di dalam susu yang dijual mereka. Namun, tidak dilaksanakan olehnya takutkan Tuhannya Khalifah Umar . Khalifah Umar terdengar perbualan mereka itu. Dibuatnya tanda di rumah gadis tersebut untuk datang semula keesokkan harinya untuk meminang si gadis untuk anaknya. Hasil daripada madrasah ini lahir Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan kepimpinannya. Seorang gadis yang jujur dalam berniaga, akhirnya dapat melahirkan seorang pemimpin yang hebat.


4-Madrasah Ibu selepas zaman para sahabat ( Kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Ibu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyatakan kepadanya bahawa:

"Wahai anakku aku bernazar, untuk menyerahkanmu (berkhidmat kepada Allah) kepada Allah"

Maka, ibunya meminta Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibunya membekalkannya wang yang dimasukkan ke dalam kocek yang dijahit ibunya pada bajunya dan menasihatinya agar bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun.

Ketika di dalam perjalanan ke Baghdad, rombongan yang disertainya diserang perompak. Namun, perompak-perompak memperlekehkannya dan menyatakan bahawa beliau hanya budak kecil dan tidak punya apa-apa. Namun, ada seorang perompak dari kalangan perompak-perompak tersebut menghampirinya dan bertanya sama ada beliau ada mempunyai harta untuk diserahkan kepadanya. Maka, jawabnya dengan jujur bahawa dia mempunyai sejumlah wang yang dibekalkan oleh ibunya.

Perompak tersebut bertanya kepada As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani sama ada beliau mengenalinya ataupun tidak kerana hairan melihat sikapnya yang terlalu jujur. Maka, jawabnya ya beliau mengenalinya , perompak yang mahu merompak hartanya. Perompak itu bertanya lagi. Jadi jika engkau tahu aku perompak, mengapa engkau tidak hanya memberitahu kepadaku bahawa kamu tidak mempunyai harta. Maka, jawab beliau, sesungguhnya aku berpegang pada pesanan ibuku bahawa bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun. Disebabkan kejujuran As-Syeikh Abdul Qadir, akhirnya perompak itu menyesal dengan segala perbuatannya dan mengembalikan semua harta rompakan kepada pemiliknya. Ditanya kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani kemana destinasinya. Maka, jawabnya ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Maka, kata perompak itu, Aku ikutmu. Akhirnya daripada seorang perompak kepada muta'allim. Tabarakallah

Kesimpulannya, madrasah seorang ibu itu adalah amat penting dalam melahirkan anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta benar dalam berkata-kata. Bukankah telah banyak contoh-contoh daripada umat-umat yang terdahulu yang dapat dijadikan panduan di dalam hidup kita? Buat para wanita, berusahalah membuat persediaan untuk menjadi madrasah yang baik untuk anak-anak. Buat para lelaki, jadikan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai contoh ikutan di dalam apa jua keadaan kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلمcontoh ikutan sepanjang zaman. Sollu ‘alan Nabiy!

“Dunia ini adalah perhiasan, seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah”
(Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu’alam






Nota kaki : Olahan daripada Tausiyah yang disampaikan oleh Habibuna Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid bersempena perasmian Ribat Az-Zahra' milik Murabbina Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni

Assyahidah Asmaa

"Aku menjadi saksi bahawa Asmaa' selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata:


"aku mahu pergi menuju Tuhanku"


Allahu Allah...

Tergegar rasa di jiwa. Seperti terkejut dari sebuah lena.

Menghayati bait-bait kalam seorang mujahidah yang merindukan Tuhannya, tertanya-tanya pada diri sendiri..

"Adakah aku juga punyai hati yang sama sepertinya??"


Duhai jiwa...semoga,,
As-syahid amanina...


 mawar mujahidah

tenanglah dikau di sana..



Tuesday 6 August 2013

KITA DISIBUKKAN DENGAN DUNIA??

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah). 

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin...



Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.

Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.

Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Kisah Cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah

Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.


adakah kisah sebegini di dunia ni?
x mustahil jika ada kan
=')


Wednesday 31 July 2013

Bingkisan buat Mursi

Cemburu melihat Ramadhanmu
jauh dari kesibukan duniawi
tapi rindu melihatmu
kembali membela manusiawi

cemburu melihat cinta Tuhanmu
dipikulkan ujian segetir ini
tapi rindu pada peribadimu
menjadi inspirasi generasi Rabbani

cemburu pada ketaqwaanmu
hingga gerun kuffar durjana
tapi rindu pada kepimpinanmu
menyapu setitis air mata Suria dan Gaza

Mursi,
Sungguh kucemburukan
hubunganmu dengan Tuhan
Sungguh kurindukan
pemimpin sepertimu
mentadbir alam.

Takbir!

Nukilan: Ustazah Fatimah Syarha


Sunday 23 June 2013

Lailan Nisfu Syaaban

Ya Illahi ...Ya syafie.. 

datangnya jua malam yg penuh barokah..:)

Difirmankan tika ini terangkatnya sgla catatan amalan kita
jua mustajabnya segala doa..
khususnya buat hamba yang ingin merintih dan mengadu segala rasa di qalbu
pada sang Pencipta Yang Maha Kuasa atas segalanya...

Dalam kelamnya bercahayakan Badratim
bait lagu yang pernah ku dengari terngiang-ngiang kembali... 

hadirlah sebuah rasa
dari keinsafan dosa
langit pun terbuka
bintang bertaburan
Indahnya...indahnya tawakkal..

dari bumi

dari hati

meratalah doa di langit luas..
teguh harapan hati yang ikhlas
disinari cahaya Rabbani.. 

anta syafie ya Illahi...   

 :')
bait-bait ini
bila didengari berulang-ulang
hanya satu yang terlintas dalam benak ini

Rahmat dan KasihNya sentiasa mengatasi KemurkaanNya.

kepadaMu pengharapan ini..

terimalah segala amalan2 kami yang terdahulu
kuatkan langkahan kami untuk yang mendatang
menuju padaMu dan kekasihMu..

biar pun nafas ni menjadi lelah
biarpun kaki ini terasa lemah

Ridhailah hidup kami hingga saatnya hembusan nafas terakhir..

juga berkati kami di bulan ni
dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan kali ni..

Qud’uni astajibb lakum..ameen..

Tuesday 18 June 2013

Insan istimewa..

Allahu Allah..
Maha suci Allah dgn sgla kbsaranNya..
brgema alunan qasidah  
memecah kesunyian di sekitar.. 
mengejutkan hati yg lena
dalam mengekspresikn kecintaan dan rindunya kami buat kekasih Agung Rasulillah s.a.w..
  
Alhamdulillah..
terpilihnya diri dan yang lain untuk dibukakn hati ini ke sini
dalam menadah butiran mutiara hikmah
dari insan yg disayangi oleh semua
juga kesempatan waktu bersama2 dhuha berjemaah dari insan istimewa ini
Syeikh Nuruddin al-Banjari..

kasihku padanya tumpah semena2..
tidak berganjak sedikit
kerana tiap butiran bait yang diucapkan sangat berharga..
tidak terasa waktu yang usai berlangsung..
agar ianya menjadi ‘’saham‘’ buatku..jua kedua ibu bapaku..

sepertimana kata kak Fatimah Syarha..
‘perkara yang baik akan menjadi bekalan buat kita di akhirat kelak’

malah makin menguatkan ku dengan bait2  ini

‘gemar pada benda baik mestilah hadir dari jiwa’

‘orang yang ingin berubah,dia mestilah orang yang memberi tumpuan dalam menadah ilmu ’

‘semakin belajar,semakin tunduk..rasa kasyah dan khauf padaNya..’

benarlah ulama’ itu pewaris nabi..
tiada paksaan malah mkin rasa kasih padanya..seadainya Rasulullah jg masih ad..ya hanana..beruntungnya kami...:'):')

moga majlis taman syurga ini mndpt keberkatan dariNya
juga barokah kepada seluruh penduduk sekitarnya..
Sirru ala barakatillah..:)


Farewell banquet..

Ba’da selawat dan salam ku hulurkan.. 

diri ingin menitipkan kalam buat sahabat yang sentiasa dingati
jua bakal dirindui..:) 

Saudaraku fillah..

Mnjadi sebaik2 hamba dn khalifah bukan semudah memetik 2 jari..
Dan ia belum pasti bisa brbunyi..
Hakikat insan mmg pnuh dgn kekurangan,
Namun tidak menjadi suatu kesalaahan utk memperbaiki diri mnjadi sebaik2 hamba Tuhan,
Teruslah melangkah meski dlm kpayahan..
Lantaran kite adalah khalifah,
Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah ..
Sedang kepayahan itu lah yg mmbawa kite kpd syurga Allah..

ingatkah kalian pada “Kisah Sekeping Hati” ? :)
memuhasabah diri ini terlalu banyak rasanya kekurangan yg telah diri ini persembahkan pada kalian..
tutur bicara...perbuatan..
Asif jiddan ala kuli hal.....:'( 
pintaku,jangan pernah berhenti dari memberi hati sahabat2 padaku
moga dengan kemaafan dari kalian akn menjemput hidayahNya untuk diri ini menjadi lebih baik.. 

mukmin itu jiwanya damai
tidak mudah tergoncang oleh ujian
Baginya ujian sebagai Tarbiah
juga tanda kasihNya..
dan kata seorang sahabat kita

“bersabarlah..bukan usaha kita sia2.cuma kemenangan itu lewat tiba..”

ujian inilah menguatkan diri jua hati kita semua..

ku doa Allah sudi kekalkan kita
di atas “jalan” ini
buat selamanya
jua mengurniakan kejayaan kita bersama dunia wa akhirat
kerana ku ingin bersama2 kalian lagi di jannahNya kelak....:') :')

teman yang ku kasihi 
teman yang ku sayangi
bahagia kini ku rasai.. 
bukan mudah jua untuk bernafas dalam jiwa hamba.. 
ku pohon dan restu dariNya
moga ukhwah ini dirahmati..

Alhamdulillah untuk segala nikmat persaudaraan ini..

teruskan perjuangan kalian
hingga saatnya kita menutup mata
kembali padaNya
from here we begin..till Jannah we promise! sayang antim semua fillah:')