Saturday 17 August 2013

Gadis dan Solehah

Salah satu status di fb menarik perhatianku..

Credit to:haslinda alias 


Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, 

kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. 

Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia."

:')



mungkin diri tidak bernilai solehah di mata manusia
cukuplah di Lauh Mahfuz sudah tercatat solehahku pada pandanganMu.. 


Terdidik wanita. terdidik generasi

Belajar dari kisah-kisah wanita Hebat di zaman Habibuna Rasulullah Solallahu'alaihiwassalam.InsyaAllah

Wanita, muslimah atau perempuan merupakan calon madrasah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Hakikatnya, mendidik madrasah (wanita) adalah untuk melahirkan madrasah-madrasah(anak-anak). Jika baik madrasah yang dididik itu, maka baiklah madrasah-madrasah yang akan dihasilkan kelak. Betapa di dalam Islam, turut ditekankan tentang kepentingan mendidik wanita dalam usaha melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk menjadi penerus kepada perjuangan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Walaupun dewasa ini telah wujud banyak madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun pesantren-pesantren dalam usaha untuk mendidik anak-anak, pada hakikatnya belum dapat menandingi madrasah-madrasah yang ditadbir oleh kedua ibu bapa. Kuasa ibu dan bapa sangat besar impaknya dalam melahirkan generasi-generasi penerus perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang kuat rohani dan jasmaninya apatah lagi cerdas fikirannya.

Sayyidatuna Aisyah RA ketika menghuraikan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم menyatakan bahawa tiada fitnah yang paling besar melainkan fitnah wanita kepada lelaki. Maka, pada zaman modenisasi yang mana umat manusia disogok dengan pelbagai kemudahan, dilalaikan dengan bermacam-macam-macam hiburan dan budaya-budaya yang entah dari mana datangnya musuh-musuh Islam dengan bijaknya menggunakan wanita sebagai umpan untuk merosakkan umat manusia yang muslim terutamanya. Sedarkah kita? Wanita dipaparkan di media-media, di FB-FB dan sebagainya. Oleh itu, betapa pentingnya mendidik madrasah yakni wanita yang bakal melahirkan madrasah (anak-anak) kelak.

“Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Namun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya adalah untuk baiknya moral seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang wanita itu.”

Terdapat banyak kisah-kisah wanita-wanita agung ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dididik untuk menjadi madrasah yang baik dan hasilnya melahirkan madrasah-madrasah yang baik juga. Betapa madrasah ibu telah terbukti berjaya melahirkan pejuang-pejuang yang hebat di dunia dan akhirat serta tinggi akhlak dan adabnya.

Madrasah IBU

1- Madrasah Ibu ketika zaman Bani Israel (kisah Maryam)

Ibu kepada Maryam berdoa ketika Maryam masih di dalam kandungannya dengan doa ini:

"Ya Allah aku bernazar, janin yang ada di dalam perutku ini, untuk aku jadikan MUHARRAR (untuk berkhidmat) di Baitulmaqdis, maka perkenankanlah nazarku ini wahai Allah."

Walaubagaimanapun, ketika lahirnya Maryam, ibunya tidak dapat menghantarnya ke Baitulmaqdis untuk berkhidmat di sana kerana keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan. Namun kerana cita-cita dan kecintaan ibunya yang amat mendalam kepada Allah, ibunya menamakannya dengan nama Maryam yang membawa maksud orang yang berkhidmat kepada Allah dan berharap agar Maryam akan menjadi seperti maksud di sebalik namanya itu.


2- Mardasah Ibu ketika zaman Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم (Sayyidutina Fatimah R.A)

"Generasi penerus perjuangan Rasulullah"

Sayyidatuna Fatimah RA si puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendapat jolokan Al-Batul yang bermaksud tidak pernah putus beribadah kepada Allah swt.

Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra' dididik oleh kota kepada tarbiyyah iaitu Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka atas didikan yang diterima daripada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu beliau telah berjaya melahirkan pejuang-pejuang agama yang hebat iaitu Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain, dua orang cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Dikisahkan pada suatu hari Sayyidatuna Fatimah RA pergi menziarahi Rasulullahصلى الله عليه وسلم di rumah Baginda dan bertanyakan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkenaan apakah yang lebih baik daripada pembantu? Maka dijawabnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bacalah

Subhanallah( 33x), Alhamdulillah (33x) dan Allahu Akhbar (34x) (Dinamakan sebagai zikir Fatimah)

Maka ketika pulanq ke rumahnya, Sayyidatuna Fatimah RA berkata kepada suaminya Sayyiduna Ali Kwj.
"Wahai suamiku Ali, sesungguhnya ketika aku berjumpa bapaku, aku menginginkan dunia tetapi aku membawa pulang akhirat untukmu"

Daripada madrasah ibu ini iaitu madrasah Sayyidatuna Fatimah RA lahirnya dua orang putera yakni Sayyiduna Hassan dan Sayyiduna Hussain yang sangat menjaga adabnya terhadap orang yang lebih tua. Bukti ketinggian adab mereka ini dapat dilihat di dalam sebuah kisah yang menceritakan tentang suatu peristiwa ketika mana mereka ingin menegur seorang lelaki tua yang salah cara wudhuknya. Subhanallah Tabarakallah..


3-Madrasah Ibu selepas zaman Rasulullah (Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz)

Calon ibunya merupakan merupakan seorang gadis yang jujur dalam berniaga. Ibu kepada ibunya yang menyuruhnya agar ditambahkan air di dalam susu yang dijual mereka. Namun, tidak dilaksanakan olehnya takutkan Tuhannya Khalifah Umar . Khalifah Umar terdengar perbualan mereka itu. Dibuatnya tanda di rumah gadis tersebut untuk datang semula keesokkan harinya untuk meminang si gadis untuk anaknya. Hasil daripada madrasah ini lahir Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan kepimpinannya. Seorang gadis yang jujur dalam berniaga, akhirnya dapat melahirkan seorang pemimpin yang hebat.


4-Madrasah Ibu selepas zaman para sahabat ( Kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Ibu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyatakan kepadanya bahawa:

"Wahai anakku aku bernazar, untuk menyerahkanmu (berkhidmat kepada Allah) kepada Allah"

Maka, ibunya meminta Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibunya membekalkannya wang yang dimasukkan ke dalam kocek yang dijahit ibunya pada bajunya dan menasihatinya agar bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun.

Ketika di dalam perjalanan ke Baghdad, rombongan yang disertainya diserang perompak. Namun, perompak-perompak memperlekehkannya dan menyatakan bahawa beliau hanya budak kecil dan tidak punya apa-apa. Namun, ada seorang perompak dari kalangan perompak-perompak tersebut menghampirinya dan bertanya sama ada beliau ada mempunyai harta untuk diserahkan kepadanya. Maka, jawabnya dengan jujur bahawa dia mempunyai sejumlah wang yang dibekalkan oleh ibunya.

Perompak tersebut bertanya kepada As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani sama ada beliau mengenalinya ataupun tidak kerana hairan melihat sikapnya yang terlalu jujur. Maka, jawabnya ya beliau mengenalinya , perompak yang mahu merompak hartanya. Perompak itu bertanya lagi. Jadi jika engkau tahu aku perompak, mengapa engkau tidak hanya memberitahu kepadaku bahawa kamu tidak mempunyai harta. Maka, jawab beliau, sesungguhnya aku berpegang pada pesanan ibuku bahawa bercakap benar di dalam apa keadaan sekalipun. Disebabkan kejujuran As-Syeikh Abdul Qadir, akhirnya perompak itu menyesal dengan segala perbuatannya dan mengembalikan semua harta rompakan kepada pemiliknya. Ditanya kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani kemana destinasinya. Maka, jawabnya ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Maka, kata perompak itu, Aku ikutmu. Akhirnya daripada seorang perompak kepada muta'allim. Tabarakallah

Kesimpulannya, madrasah seorang ibu itu adalah amat penting dalam melahirkan anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta benar dalam berkata-kata. Bukankah telah banyak contoh-contoh daripada umat-umat yang terdahulu yang dapat dijadikan panduan di dalam hidup kita? Buat para wanita, berusahalah membuat persediaan untuk menjadi madrasah yang baik untuk anak-anak. Buat para lelaki, jadikan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai contoh ikutan di dalam apa jua keadaan kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلمcontoh ikutan sepanjang zaman. Sollu ‘alan Nabiy!

“Dunia ini adalah perhiasan, seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah”
(Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu’alam






Nota kaki : Olahan daripada Tausiyah yang disampaikan oleh Habibuna Al-Habib Ali Zeinal Abidin El-Hamid bersempena perasmian Ribat Az-Zahra' milik Murabbina Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni

Assyahidah Asmaa

"Aku menjadi saksi bahawa Asmaa' selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata:


"aku mahu pergi menuju Tuhanku"


Allahu Allah...

Tergegar rasa di jiwa. Seperti terkejut dari sebuah lena.

Menghayati bait-bait kalam seorang mujahidah yang merindukan Tuhannya, tertanya-tanya pada diri sendiri..

"Adakah aku juga punyai hati yang sama sepertinya??"


Duhai jiwa...semoga,,
As-syahid amanina...


 mawar mujahidah

tenanglah dikau di sana..



Tuesday 6 August 2013

KITA DISIBUKKAN DENGAN DUNIA??

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah). 

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin...



Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.

Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.

Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Kisah Cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah

Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.


adakah kisah sebegini di dunia ni?
x mustahil jika ada kan
=')