Saturday 31 December 2011

~..Allah Tautkan Hati kitA,,,,~

Author: Mujahidah Nafsi...

Dari sahabat untuk sahabat.....

Sahabat hati... 

Di saat diri di landa keresahan..
allah menemukan aku dengan kalian..
kalian amat bermakna buatku..
hari demi hari, detik berlalu..
pelbagai suratan dan coretan telah ku tempuh bersama kalian..
saat sesuatu mehnah dan takdir itu berlarutan,
hati membenarkan ia berterusan agar aku perolah sesuatu kalian,,
namun bukan ku pinta diri ini mendapat perhatian daripada kalian..
tapi aku mahu hadiahkan secebis pengorbanan..


tidak ku peduli walau sejuta rintangan di hadapan,
akan ku teruskan perjuangan bersama kalian,
menerusi kalian, aku belajar suatu pengajaran..

setitik perjuangan ni moga di nilai di sisi tuhan
agar diri mendapat title Mujahidah indALLAH lil islam..
menjadi mujahidah itu tidak senang,
namun pengorbanan demi pengorbanan harus di teruskan
demi sebuah perjuangan..
dan dalam sebuah pejalanan perjuangan itu..
diri kita tidak lari daripada tarbiah..



TARBIAH mendekatkan diri dengan tuhan..
tarbiah mengajar kita agar istiqomah..
ia mencurahkan hubbu fillah..
ia meninggalkan perasaan ahadun ahad..
ia mengangkat diri agar terus hebat..
ia memberi erti medan jihad..

tiada kata seindah bicara
hnya mampu ku ucapkan
ALHAMDULILLAH ya rabb..
semalam kau hadiahkan aku perasaan ini..
hari ini kau berikan aku merasai nikmat ini..
aku pohon ya allah agar detik akan datang,
aku merayu agar "keindahan" ini berterusan pada masa akan datang..
berkekalan di dunia hingga akhirat...

Allah always be wif us..InshaAllah^^

:: Takdir , suka duka 2011 dan imtihan buatku::

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum w.b.t sahabat2 hati..
Melihat jam yang tinggal beberapa detik lagi sahaja untuk menginjak ke tahun baru masihi..tetiba teringat sewaktu menaiki bas sewaktu ingin pulang ke dewan penginapan pelajar. pakcik driver bas menanyakan kami bila start exam, lalu kawanku menjawab "tahun depan pakcik..~" dan kami semua bergelak ketawa termasuk pakcik bas.~~ ^_^
Mungkin dari kisah ini nampak seperti santai namun dari sini ana mula sedari yang betapa masa berlalu begitu pantas hingga tak terasa tahun 2011 bakal berakhir kerana pada ketika ini seluruh pelajar uum dilanda wabak exam..dan sepanjang tahun ini banyak kisah suka duka yang berlaku terhadap diri..diuji dengan dugaan hidup, mencatit pelbagai kisah suka dan duka malah terlakar kemas dalam diari hati yang menuntut ketakwaan dan kehambaan padaNya...sedangkan kita tidak menyedari betapa setiap peristiwa ini sebenarnya adalah caraNYa dalam berbicara pada hambaNya..dan inilah cara Allah ingin berbicara dengan kita dalam memaknakan erti sebenarnya kesabaran..redha dengan ketentuanNya jua erti pengorbanan demi meraih kebahagiaan dan keredhaan Illahi~~
bila ditanyakan apakah yang mungkin berlaku untuk tahun mendatang? pastinya kita tidak mampu untuk menjawapnya bukan. apakah kita hanya berserah pada takdir atau sekadar menjalani hidup kita tanpa melakukan apa-apa perubahan? melakukan rutin yang sama setiap hari..tanpa sebarang target hidup mahupun tujuan hidup??hidup cara sebegini sebenarnya adalah sangat sepi  dan sunyi....
namun bagaimana sekalipun kita melalui dan menjalani hidup ataupun rutin kita, masing-masing perlu jelas matlamat hidup dan tujuan asal kita di bumi pinjaman Allah ni..adalah semata-mata untuk beribadah , dan mentauhidkan diri kepada Allah..inna deen indAllah lil Islam....ingat tu..
bagaimana dengan takdir? adakah tidak boleh diubah??persoalan ini sering bermain di benak dalam 2 3 menjak ini..pelbagai persoalan timbul dan jawapan yang diperolehi...cuma kesimpulan yang ana dapat di sini..kita mampu berusaha merubahnya ke arah yang lebih BAIK sekiranya kita ber KEHENDAK. 
"...dan Aku menurut sangkaan hambaKU padaKu.."
mohonlah padaNYa...tiada yang mustahil bagiNya. sekiranya apa yang tercatat di lauh mahfuz sekalipun adalah mengikut takdiran ketetapan olehNYa....
dan ana sering berpesan pada hati..apakah keutamaan yang sering diletakkan dalam hati kita?adakah kita sentiasa mengingatiNya hanya waktu susah..?sewaktu gembira dan dipermudahkan urusan pula bagaimana eya?
".. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.." (Ar-Rahman; 13)
Ya Allah..betapa hambaMU masih banyak kelompangan dan kekurangan..sering alpa dan berbuat dosa setiap hari..mengutamakan yang lain selainMu..adakah masih layak bagiku menjejak ke JannahMu..hanya ku mohon jangan Kau pernah meninggalkanku walau sedetik pun...sedangkan hamba sekadar insan  yang lemah kudrat tanpa nauganMU..
وَأُخرىٰ تُحِبّونَها ۖ نَصرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتحٌ قَريبٌ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ ١٣
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman..(As-saff:13)

jari-jemari pantas menaip lagi..dalam detik-detik terakhir sebelum menginjak ke 2012..
Dengan kerendahan hati, dan harapan yang penuh kepadaMu 

Hamba berdoa lagi, Ya.. Rab..

Engkaulah yang memberikan kepada hamba kekuatan lahir dan batin, hingga hamba mampu memelihara dan menjaga diri, dan menjaga orang-orang yang hamba cintai dari berbagai fitnah yang sedang melanda.


Ya Allah,
untuk-Mulah segala pujian dan syukur hamba, dari-Mu jua semua kebaikan dan keutamaan dunia dan akhirat berasal, hamba persembahkan seluruh pujian ini keribaan-Mu sesuai dengan keagungan wajah-Mu yang mulia…


Ya Allah,
sungguh hamba telah menzalimi diri, jika tidak kerana rahmat dan ampunan-Mu niscaya hamba pasti tergolong orang-orang yang merugi…


Ya Allah, 
Engkaulah yang mengetahui seluruh rahsia, melihat semua denyut nurani..
ampunilah dosa-dosa hamba dan dosa-dosa kedua orang tua hamba serta dosa-dosa saudara-saudara hamba yang telah mendahului hamba dalam keimanan,Ya Allah, sungguh Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang…Ya Allah ampunilah dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup dari mereka maupun yang telah meninggal, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan (senantiasa) Mengabulkan semua doa-doa serta Memenuhi segala hajat manusia…

Amin ya rabb..~~
P/s: muga di permulaan tahun ini dipermudahkannya dalam menhadapi ujian samada ujian dunia (exam) mahupun imtihan dariNya.....but i know Allah love me more than anything in this world..and me also..ma fi qalbi ghairullah~ :) :) :)

 

Wednesday 21 December 2011

..:: That Too, Will Be Over ::..

[Written by Sister Zabrina AB]

Mother,

I missed you so much...

I remembered you today

As I sat alone on your favourite chair
Thinking about my life
And where it has taken me

Your daughter has grown up

Your daughter has faced the world
You would cry if only you knew
The trials and challenges that passed me by

The turbulence and turmoil that has enveloped me

But I faced it all Alhamdulillaah
With the strength from Allaah
With the prayer you have made for me

Once upon a time

I can always feel your presence
Even in my darkest hour
I can always hear your whispers

Asking me to do the right thing

Even if that would be the most bitter of all
Even if I cannot swallow it all
This one will be over, sweetheart

It is just a phase

It will leave in a swift
So stay tight and stay strong
Focus and hang on

But when it disappears do remember

There is the next one coming
But that too, will be over..

I miss u mum......;(
sources: I love Allah.com

Wednesday 14 December 2011

::Key Of Happines::

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum..alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk mengedit blog walaupun kekangan masa yang melanda sebagai seorang student.muga sahabat2 semua sentiasa dalam lindungan dan kasihNya..amin. ^__^ 
today our t0pic is sgt2 menarik, kerana jika ditanyakan pada tiap orang semua inginkan kebahagiaan dan rahmah dalam kehidupan kan?banyak cara yg boleh dilakukan utk mendapatkan kebahagiaan ataupun dalam kamus English disebut "Happines", namun untuk entry kali ni suka untuk ana berkongsi mengenai 'KUNCI KEBAHAGIAAN'...
KUNCI KEBAHAGIAAN dgn istilah ( "merasakan manisnya iman") iaitu
redha dgn sepenuh hati terhadap 3 hal :

PERTAMA redha terhadap Allah SWT sebagai Rabbnya, krn  ia sangat yakin, bahawa apapun yg Allah berikan kepadanya adalah anugerah terbaik bagi kehidupannya..
KEDUA redha bahawa Islam sebagai agamanya kerana: "Wahai org2 yg beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kalian mengikuti langkah-2 syaitan, krn sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh yg nyata bagi kalian.."
(QS. Al-Baqarah/ 2 : 208)
yakin, bahawa sistem Islam merupakan sistem yg mampu membawa kebahagiaan hakiki bagi manusia untuk kehidupan baik di dunia maupun di akhirat

KETIGA redha bahawa Nabi Muhammad SAW sbg Rasul utusan Allah SWT diutus pada seluruh umat manusia, & mebimbing mereka dari kehidupan yg gelap gulita menuju pada kehidupan yang penuh dgn kecemerlangan. Ia redha dengan segala ajaran & nilai-2 yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (sunnah), baik sunnah dlm kehidupan pribadi, sosial kemasyarakatan..
jika sudah berolehnya, simpan kunci ini sebaiknya di Qalbi kita...wallahualam^__^ 
 

Thursday 8 December 2011

YA AWWAL... YA AAKHIR..

YA AWWAL... YA AAKHIR
Kehidupan bukan bermula dari kelahiran…
Tdk pula berakhir dgn kematian..
Sesungguhnya kehidupan bermula dari kehendak-MU
Dan akan berakhir pada kehendak-MU
Ingin keserkap rinduku dalam ruang tanpa cahaya
Seperti yg Tercinta tafakkur di gua Hira

YA ALLAH,...
jadikanlah di dalam hatiku cahaya,...
dan didalam ucapanku cahaya,...
dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya,...
dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya,...
dan jadikanlah dari belakangku cahaya
dan dari depanku cahaya,...
dan jadikanlah dari atasku cahaya,...
dan dari bawahku cahaya, ...
YA ALLAH berikanlah kepadaku cahaya dari cahaya...

di malam ku dgn Mu dlm setiap sujudku 1/3 mlm ku ....
aamiin..
 

Friday 25 November 2011

3 PengecAt DindiNg..

Alkisahnya... ada 3orang pengecat dinding yang mepunyai kelainan masing-masing..
Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. 
Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan.
Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.


Agak-agak kita berada di kategori mana? Aplikasikan dengan kerja daie kita..

Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja daie, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

Atau anda gembira dengan perjuangan di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berada di kategori ketiga, anda menyebarkan dakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah tidak semestinya anda perlu seperti layaknya seorang sufi. Hanya menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran sesama rakan, malahan menyebarkan kata-kata yang damai dan menenangkan juga adalah antara kilauan mutiara dakwah.
Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Jujur saya memberitahu ia bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya seperti pengecat  ketiga ini, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran). Bukan hanya menerima semata-mata, tapi juga memberi kepada yang lain juga ^__^




Wednesday 16 November 2011

Talian Hayat dariNya??

Keyakinan Akan dtgnya Bantuan Allah dlm diri ada rasa IKLAS DAN rasa Taubat yg amat sungguh2...

*rujuk (At-Taubah:112)

Atta’ibun senantiasa memperbaharui taubat, kerana setiap bani Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yanang berbuat salah adalah orang yang segera beristighfar & bertaubat.

~ Al’abidun senantiasa mengabdi kepada Allah swt. Duhai, sejauh mana kita mengabdikan diri kepada-Nya ? Hanya di saat gembira saja, di kala sedih, atau di setiap situasi dan waktu lain pula?tepuk dada tanyalah iman.

~ Alhamidun setkan hati untuk sentiasa senang ketika Allah swt memanggil & menyeru dgn perintah & larangan. Segeralah menuju Allah swt dgn bersyukur & suka cita.

~Assa’ihun hendaknya senantiasa siap siaga untuk berjihad menegakkan keadilan, menyemai kebahagiaan dan menebar rasa aman di tengah-2 masyarakat. Tak lupa berjihad mengendalikan hawa nafsu dgn bermujahadah.

Arraki’un Assajidun "Ya Allah, jadikan kami termasuk org2 yg senantiasa ruku’ & sujud secara berjama’ah. Ya Allah, jangan halangi kami utk itu kerana sakit / malas.."

Al Aamiruna bil ma’ruf wannahuna ’anil munkar menegakkan yang baik & melarang yg buruk. Duhai indahnya ke 2 hal ini jika dilaksanakan dengan seimbang.=)

~  Alhafidhuna lihududillah menjaga dan menerapkan hukum-2 Allah swt, kerana tiada satu pun hukum dan perintah Allah swt yang tidak layak diterapkan dan dijalankan malahan membawa manfaat & jauh dari mudharat.


jika di atas dijalankan dengan baik, maka layaklah kita mendapat khabar gembira dari Allah swt ”wabasy syiril mukminin"

Sungguh, ketika rasa takut lenyap dari hati, tatkala rasa sedih menghilang dari jiwa, ketika itu kita merasakan ma’iyyatullah (bersama Allah swt) & kerananya kita akan mendapatkan pertolongan & kemenangan dari-Nya.
yakinlah pada janjiNyA..^^
"..sesungguhnya pertolongan Allah adalah sgt dekat"

Wednesday 26 October 2011

Panggilan..


Fiikiran melayang kmbali perbualan kami pada 2 hari lpas:

"Bila nak blik..?"jelas kedengaran suara umie

"InsyaAllah, nanti da confirm balik ore call umi.." jelasku pada umi. 

"ok, nanti bagitahu balik ye. ada perkara umi nak tanya ni..Alya ada bagitau apa2 tak?"

"takda umi. mengenai apa ya?" tanyaku kehairanan.

"..ada orang nk masuk tanda kmu nak.."

gulpp.. cubaan apakah ni?

"umi dah tengok gambr orgnya..abang kawan Alya, tentera udara..ibu die da berkenan dengan kamu. tapi umi tak bagi kata putus.. umi ikut kata tikah je. hati kamu milik kamu, umie tak boleh nak paksa. kawan Alya suruh umi tanyakan, kalau setuju mereka datang merisik.."

"terima kasih umi atas pengertian..nanti ore bagitau balik kat Alya camne.."

umi tidak pernah memaksa  atau mendesakku dalam membuat pilihan..dalam soal apapun..baik untuk kami anak2nya maka itulah baik untuk dia..

"..hati kmu mlik kamu.."


ya, dan hatiku juga milikNya jua..Dia yang melorongkan dan mendetikkan hati ini..
dalam hati sangat bersyukur dikurniakan seorang ibu yang memahami seperti umiku. 

muga dipermudahkanNya untuk mmberi jawapan terbaik dalam hal ini....amin ya Rabb..

DeaR ukHti..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah dengan izin dan qasehNya masih diberi kesempatan untuk meng'update' blog yang  telah bersawang sekian lamanya..kalau blog adalah sebuah bilik, mesti penuh dengan sawang2 dek kesibukan yang melanda diri ini ..esh2 ^^"

Syukur alhamdulillah sepatutnya kita selalu ucapkan kepada pencipta kita yaitu Allah swt yang dengan salah satu dari sekian banyak ciptaannya yaitu mata, kita masih boleh  melihat dan membaca tulisan ini. Mata adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Namun kesenangan duniawi saat ini sangat mudah membutakan mata dan melupakan datangnya hari akhir. Manusia berlumba-lumba menimbun kekayaan tanpa berpikir lagi tentang perlu tidaknya bersyukur. Dunia memang tempat yang ampuh untuk membutakan mata.



Moga2 kehidupan kita semua sentiasa diberkati dan dalam perlindungaNya sntiasa...inshaAllah=)


Undangan Perkahwinan

buka muka buku, tertera di notification..'Yanayda has invited you" . Really? Aida dah nk kahwin ??
teringat seulas wajah muka bjur sirih..kawan sekelas DKB sewaktu di politeknik dahulu..tinggi dan manis je orangnya. perwatakannya yang ceria sangat menyenangkanku. Alhamdulillah, akhirnya ktemu jdoh juga kwanku yang sorang nih..barakallahu fikum.. ^^ muga pasangan 2 mempelai ni selamat menjalani hari2 bahagia mereka..


Diriwayatkan dalam sabda Rasulullah s.a.w ,tanda2 perempuan yang diberkati adalah perempuan yang cepat perkahwinannya dan cepat melahirkan anak....and this is in every muslimah dream...

dan dedicate specially untuk sahabat tersayang yang bakal menjadi suri atau yang masih 'google search' adam masing-masing..this poem suit for u..

Puisi Untuk Ukhti Tersayang

ukhti yg ku cintai kerana Allah..

Love,Dear Ukhti………
 
apa khabar imanmu hari ini?
semoga selalu menampakkah kemajuan di sisi Allah S.W.T..
apa khabar hatimu hari ini?
semoga selalu bersih dari debu juga kelabu...
apa khabar cintamu hari ini?
semoga selalu berpeluh rindu pada-Nya…

Ukhti..
sungguh indah hidup setelah menikah..
apa yang sebelumnya haram menjadi halal..
semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisi-Nya..
suka duka dilalui berdua..
senang sedih ada yang menemani..
tawa tangis pun bersama..

Ukhti..
menikah adalah setengah dien..
dan ia menggenapkan dien menjadi satu…
sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..
yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya…
apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah..
kini tidak lagi..
seakan membuka mata kanan..
yang sebelumnya belum pernah dibuka..
begitu luas, begitu indah..
hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini:

"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah…"

Ukhti..
menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat..
pernah ada yang berkata..

"saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang kerana suatu perjanjian

berat diucapkan, kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis
suka, tangis duka…"
Allah menjadi saksi kerana Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap
dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini..

Ukhti..yang sedang menanti ''kekasih''..
nantilah dengan sabar…
sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagi-Nya memberikan ''kekasih'' untukmu..
ataupun tidak berharap..
dan mintalah pada-Nya..
pemilik alam raya dan pencipta ''kekasih''mu..

Ukhti..yang sedang menjelang akad..
berdoalah selalu pada-Nya..
penentu segalaNya…
mohon petunjuk-Nya jika ''kekasih'' yang hadir itu adalah yang terbaik untukmu..
kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
Ukhti..yang telah menikah..
jagalah nikmat-Nya yang besar ini..
hanya dengan izin-Nya dirimu dan ''kekasih''mu bersatu..
tiada yang lain…
jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
menjadi isteri solehah dambaan..

Ukhti..
bahagiamu adalah bahagiaku..
sedihmu juga sedihku..
tawamu, tawaku juga..
tangismu adalah tangisku..
semoga Allah Yang Maha Indah..
memudahkan langkah ini..
memberikan yang terbaik menurut-Nya..
dan menjadikan ia wanita solehah dan isteri solehah dan..
kemudian ibu mithali utk anak-anak bersama…

Amin ya Allah..amin ya Rahman..amin ya Rahim..

 
indah puisi diukir jari..
ni'mat yang agung dari Ilahi..
berputik cinta tersemai di hati..
mengharapkan keredhaan dari Ilahi..

tiada "isteri" sebelum pernikahan..
mengikat nafsu dengan amaran...
begitulah nilai satu pengorbanan..
untuk mendapat Isteri diimpikan..

andai bercinta sebelum nikah..
maka dirimu memilih kesusahan..
jangan marah pada Allah..
andai pernikahan tidak aman..

Isteri solehah suami solehah..
kehidupan bahagia janji Ilahi..
begitulah janji keadilan Allah..
andai kembali pada ilahi..

amin ya rabbi...wallahua'lam..

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia habluminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih..

bidadari itu ada di dunia..=)
Nur Atiqah Nabilah Mohd Ghazali
Universiti Utara Malaysia
27 Oktober , 1.15 p.m.



Sunday 16 October 2011

Enam Peringkat Cinta (Maratibul-Mahabah)


Syaikh Ibnul Qayyim, enam peringkat cinta (maratibul-mahabah), 


1. Peringkat pertama dan yang paling tinggi/paling agung adalah Tatayyum, yang merupakan hak Allah semata.
 “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul alamiin. Dan orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” (S.2: 165)
Jadi ungkapan-2 seperti: Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam qalbu atau Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku, Cintaku hanya untukmu, dll selayaknya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat/kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu.
Jangan terbalik, baru berkasih secuil cinta dan kenikmatan sama si dia kita sudah mau menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat,
 “ Maka nikmat apa saja yang ada pada kalian, maka itu semua dari Allah”(S. 2: 165).

2. Peringkat ke-2; Isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah saw.
Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohnya, dll, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya. “Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Nabi saw) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian”.(Ali Imran: 31)

3. Peringkat ke-3; Syauq yaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya.
Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.



4. Peringkat ke-4; Shababah yaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiyah.

5. Peringkat ke-5; (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dll.

6. Peringkat ke-6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, yaitu cinta/keinginan kepada selain manusia: harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’ (berguna/bermanfaat)

SAMPAIKAN PESAN UMMI PADA AYAHMU

Ahmad putraku

Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau berkeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,"Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmad yang pergi ke pasar
Sekali ini saja."

Kau sangat berkeras
Ahmad putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan ayahmu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar

Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmad putraku

Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmad putraku
Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
"Allah! Allah! Allah! Allah!"
Lirih Lemah

Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,

"Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Ayahmu di syurga
bahawa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmad anakku tersayang
Selamat jalan syahidku cintaku


Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Ayahmu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…"


DISANA MEREKA BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH, DAN KITA DISINI MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !


sumber asal: 
http://irzapulungan.wordpress.com/2010/03/19/sampaikan-pesan-ummi-pada-abimu/

Monday 3 October 2011

DALAM SAJADAH MALAM ..

Ya Allah..

sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu,
memohon ketetapan dengan kekuasan-Mu, dan aku memohon kurnia-Mu yang sangat agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak kuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedang aku tidak, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.




Ya Allah..
jika Engkau mengetahui bahwa urusan ini dekatkanlah jika jauh...
mudahkanlha jika sulit..halalkanlah jk belum,
smua itu jika lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan, dan akhir urusanku..
Baik dalam waktu dekat maupun yang akan datang-, maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Dan jika Engkau mengetahui bahwa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku,,tetapkanlah hal itu terbalik jadi baik untukku..
kemudian jadikanlah aku orang yang ridha dengan ketetapan Mu..

amin ya rabbal alamin..


Wednesday 7 September 2011

=Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada ALLAH SWT=

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "


Lalu ALLAH SWT menjawab...
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..



* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya boleh memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya TERTAWA..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

Sunday 4 September 2011

pILiHaN??



Bila hanya jalan buntu yang kelihatan di dapanmu...

dan hanya ada 2 pilihan..

untuk buat atau tak buat apa-apa..

dan hidup ini memang untuk membuat keputusan..keputusan daripada pilihan yang ada...

apabila tiada siapa2 dapat membantu...hanya Dia. dan sememangnya tiap masa juga hanya Dia.. mintalah padaNya..

Ingatlah janji-Nya:-
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (94:6)