Monday 21 March 2011

IndAhnyA ukhwAh!! ^-^





Bila berkata mngenai ukhwwah, pasti an akn tersnyum...knpe? coz ukhwwah berkait rapat dengan hubungan antara rakan, ataupun lebih tepat disebut dengan PERSAHABATAN. namun ianya menjadi sangat indah dan bermakna apabila ia berteraskan kejujuran, kepercayaan, saling berkorban dan yang paling pnting adalah saling bersahabat KERANA ALLAH..

Terlalu banyak metodologi atau untaian puitis yg dapat mnceritakan mngenai keindahan berukhwah  ini...dan amat bertepatan kerana Islam itu sendiri adalah agama yang sangat Indah bagi mereka yang mmpu menghayatinya. Betapa pentingnya berukwwah keranaNya kerana telah dijelaskan sendiri dalam sabda baginda di mana golongan2 yang Allah kasihi di mana salah satunya adalah pemuda/pemudi yang berkasih-kasihan kerana Allah semata-mata. Dalam konteks persahabatan, keikhlasan dalam bersahabat adlh sgt pnting dan ia adalh rahmat yang tidak ternilai dariNya bagi insan yang begitu menghargai dan menginginkan sesuatu perhubungan persahabatan yang ultimate dan infinity
Dan di sni adalah antara bait2 kata2 yang mnerangkan mngenai ukhwwah.....


Tulisan Salim A. Fillah:

“sungguh tiap mukmin bersaudara”

aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan

tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita, ukhti sayang

dalam dua detik, dua detik saja

aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan

itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra

dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat

meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”

aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh

saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan

saat pemberian bagai bara api, dan saat kebaikan justru melukai

aku tahu, yang goyah bukanlah ukhuwah kita

hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit

mungkin dua-duanya, mungkin kau saja

tentu terlebih sering, imanku lah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan itu, ukhti sayang

dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;

“para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain..

kecuali orang-orang yang bertaqwa..” 

Adek muslimah pssi...




Ukhwwah juga boleh menambahkan perasaan kasih dan kecintaan dan perasaan ini akan wujud apabila masing2 mempunyai stu tujuan yang sama...merasakan hal yang sma dan mempunyai kepentingan yang sama, iaitu sama-sama ingin meraih keridhaanNya...perasaan ini akan tumbuh sendiri dalam jiwa, dihadirkan tanpa paksaan. Dan itulah yang terjadi di antara para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga kepentingan diri tidak pernah wujud antara mereka dan snggup berkorban antara stu sama lain, melebihi diri mereka sendiri...dan perjelasan ini mungkin bertepatan dengan sebuah puitis yang ana petik dari laman i LuV Islam..mgkin ini yang dirasakan oleh para sahabat2 baginda ana kira atau mgkin lebih dari itu... ^-^


MudahnyA Kita jAtuh cintA!

Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)


~ nukilan:Nur Aisyah Zainordin

shabat2 seperjuangan..

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥

No comments:

Post a Comment