Sunday 8 January 2012

::cinta itu tetap ada.::

Siapa yang tidak mengenali ‘Umar bin Abdul 'Aziz, seorang Tabiin terhormat? Dia mendapat gelaran Khalifah ar-Rasyid yang ke lima kerana ketokohannya memerintah sesuai dengan sistem Khulafar ar-Rasyidi. Namun di sebalik gahnya pimpinan beliau ada satu kisah yang ingin ana kongsikan..kisah yang sangat menyentuh jiwa..~

****
‘Umar pernah jatuh cinta pada seorang gadis. Hanya Fathimah binti 'Abdul Malik, sang isteri bidadari hati yang belum mengizinkan 'Umar menikahi gadis itu.

Namun… cinta itu tetap ada.

Kemudian hari itu datang menghampiri. Di puncak pengorbanan yang harus diberikan Umar. Untuk diri, rakyat, dan negerinya.

Walau dirinya sendiri tanpa rehat. Tanpa ruang sedikit walau untuk sekadar tertawa.

Saat ‘Umar bertanya.

"Bagaimana keadaan kaum muslimin hari ini?"

Muzahim, si Perdana Menteri tersenyum.

"Semua kaum muslimin dalam keadaan sangat baik wahai Amirul Mukminin. Kecuali saya, anda, dan baghal anda ini.."

Ditumpukan segalanya hanya untuk perjuangan.

Fathimah amat merindukan senyum sang suami. Lalu dibawanya sang gadis yang dicintai 'Umar untuk dinikahi.
Gadis yang amat dicintainya, begitu juga sebaliknya pada sang gadis.

Nyala cinta itu kembali. Meronakan harapan. Mewarnakan hati yang sebelumnya lelah.

Namun, di sinilah cinta semasa dan cita besar perubahan bertemu dan bertarung. Di perlantaran hati sang khalifah.

Ajaib, ‘Umar menikahkan gadis tersebut dengan pemuda lain…

Kata Ustaz Anis Matta, “Tak ada cinta yang mati di sini…”

Sebelum meninggalkan kediaman 'Umar, gadis itu bertanya sendu.

".. 'Umar, dulu kau pernah sangat mencintaiku. Tapi kemanakah cinta itu sekarang?"

'Umar bergetar haru. Ada sesak di dadanya…

"Cinta itu tetap ada.."

"Bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam..."


(Dipetik dari buku Agar bidadari cemburu padamu- Salim A. Fillah)
****

Bicara Qalbi ~Bukankah sahabat yang baik itu mengajak ke arah Syurga dan bersama menjauhi neraka?  ^__~

No comments:

Post a Comment