Saturday 17 March 2012

Ainul Mardhiah ~~


Salam ukhwah fillah...^^

Seperti yang biasa kita dengar bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Dan ada satu kisah yang sudah lama diceritakan oleh para perawi, tentang kehebatan kisah  di sebalik nama sang bidadari ini......:)

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang lain. Namun dia tetap turut serta sebagai salah sorang yang akan  keluar/pergi berjihad. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang berseri2 lalu ditanyanya “dimanakah dia?” lalu lelaki itu menjawab “inilah syurga.” Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah.
ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah pemuda ke arah tempat itu..

Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan sebegitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberikan salam dan dia bertanya “andakah Ainul Mardhiah?” wanita itu menjawab “ ehh  tidakk... saya khadamnya .Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana,”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..”eh tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini.. ainul mardiah ada di atas mahligai sana,” lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikkan mahligai tersebut  sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua dan tak pernah dia lihat di dunia lalu wanita itu berkata ...“akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku....” bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... “nanti, kamu belum syahid  lagi......” .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia  syahid barulah ceritakan kepada nabi.

gambar sekadar hiasan

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka  (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka sahabat kepada pemuda yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal pemuda tersebut... dalam menceritakan itu nabi menjawab “benar...benar...benar...” dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata “memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....”

subhanAllah...=)

No comments:

Post a Comment