Sunday 3 June 2012

DENGARLAH DUHAI ADIKKU SAYANG




ADIKKU SAYANG,
Allah Menciptakan Manusia Sama,
Dengan Sebaik-Baik Kejadian,
Cuma Amalan Manusia Itu Berbezabeza,
Ada Yang Lalai Dengan Angan-Angan,
Ada Yang Tekun Berusaha,
Tentu Nasib Kita Berlainan,
Kerana Allah Maha Adil Sifatnya,
Kelalaian Dibalas Dengan Kegagalan,
Kerajinan Dibalas Dengan Kejayaan Dan Pahala,
Kau Diberi Peluang Untuk Membuat Pilihan,
Kau Jua Yang Tanggung Natijahnya.
“Sesungguhnya Kami Mencipakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian”.
(Surah At-Tin: 4)

ADIKKU SAYANG,
Kau Tidak Bodoh Andai Kau Gagal Selepas Berusaha,
Kerana Itu Satu Ujian Dan Dijanjikan Pahala,
Bakal Mengangkat Darjatmu Disisinya,
Jika Kau Reda, Sabar Dan Terus Berusaha,
Tapi Kau Sememangnya Bodoh,
Jika Kau Langsung Tidak Berusaha,
Kerana Pasti Kau Akan Gagal Dan Menderita,
Tiada Nilaian Pahala Darinya,
Malah Kau Pula Menanggung Dosa,
Lantaran Kau Sia-Siakan Amanah Berharga.



ADIKKU SAYANG,
Bangkitlah Dari Lenamu Yang Panjang,
Dan Tidak Pernah Kesudahan,
Sekali Kau Terjatuh,
Jangan Biarkan Dirimu Jatuh Selamanya,
Kau Punya Kekuatan Untuk Bangkit Semula,
Dan Mara Berlari Kencang Mencipta Taufan.
Berjuanglah Adikku Sayang,
Tanpa Mengenal Penat Dan Jemu,
Biar Hidup Kita Derita Dengan Usaha,
Kelak Kita Akan Dimulia,
Jika Tidak Didunia,
Nun Disyurga Menanti. .

Allah sayang padamu! ^_^


No comments:

Post a Comment