Tuesday 4 September 2012

Qalbi Nadak(seruan Hati-warkah hati Muslimah)



Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar qalbimu?
muga sentiasa disirami zikir cinta Ilallah...=)



Alhamdulillah.....Tiada daya kekuatan melainkan semuanya Dari Allah..
kini segalanya semakin jelas
membuatkan visi dan misi hidupku kembali terarah..


perjalanan ku masih jaaaauuuh,
jangan kerana hal sekecil ni, membuat matlamat asalku terpesong...

pandangan ibu dan ayah kita perlu diutamakan...kerana sesungguhnya :

"keredhaan ALLAH bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan murka ALLAH juga terletak pada murka kedua orang tuamu"
(Rawahul al Hakim)

begitu bernas hujjah yang dinyatakan oleh Ustazah Fatimah Syarha dalam nukilan beliau dalam novel yang bertajuk Seindah Mawar Berduri :

'Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Kerana wanita, ramai lelaki menjadi lalai dan tergelincir daripada prinsip perjuangannya sendiri.
 
 

Saya tidak ingin menjadi wanita akhir zaman yang menjadi fitnah buat lelaki. Dengan menutup pintu perkenalan antara saya dan mana-mana lelaki insyaallah terlaksanalah amanah saya kepada Allah SWT untuk menjadi wanita akhir zaman yang TIDAK menyumbang kepada kelalaian lelaki.

CINTA ALLAH, RASUL DAN JIHAD PERLU MELEBIHI CINTA KEPADA MANUSIA DAN DUNIA.

Moga-moga berkat pemeliharaan diri dan hati, Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintaiNya, lelaki yang mampu membimbing saya yang lemah ini ke jalan lebih Allah redhai...




ALLAH......

janganlah Kau uji imanku dan hatiku dengan perkara2 begini lagi sebelum tiba masanya...

now, looking forward to be a good muslimah..insyaALLAH...

MATLAMAT HIDUP=)
- ABDULLAH MUTI'AH [ Hamba Allah yang Taat ]
- BINTU SOLEHAH [ Anak yang Solehah ]
- FATAATU MUTAADDIBAH [ Remaja Beradab ]
- TOOLIBAH MUMTAZAH [ Pelajar Cemerlang ]
- ZAUJAH MAHBUBAH [ Isteri yang Disayangi ]
- UMMU A'QILAH [ Ibu yang Cerdik ]
- MUJAHIDAH MUKMINAH [ Pejuang Agama yang Beriman ]
- SYAHIDAH FI SABILILLAH [ Kembali bertemu Allah dalam keadaan mati Syahid ]

kena sentiasa reffresh matlamat2 ni, biar kita tahu tujuan hidup kita, yang paling penting tujuan utama kita dijadikan adalah..

'Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku'
Surah Az-Zariat ayat 56

aamin, aamin ya Rabb~~

biar suatu hari nanti zauj ku boleh menyayikan lgu nasyid ini untukku ♥

Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran,
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan,
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan,
~~~


Pinanglah daku kerana dakwah.....
kerana CintaNya

=')


2 comments:

  1. Semoga segala apa yg kita semua harapkan akan diperkenankan ALLAH.. Syurga akan menjadi milik kita semua. InsyaALLAH, aminnn..

    ReplyDelete
  2. Amin..amin Ya Rabb
    Insyaallahi taala ya ukhti =)

    ReplyDelete