Monday 9 May 2011

~~ kuih kAcAng, coklAt dAn keju ~~


pernah x anda makan kuih kcg, coklat dan keju? di sebalik mkanan alah ini ada kisah nya ...
cternye camni.........

~~**~~
Di suatu hari yang indah, matahari bersinar terang dan angin bertiup perlahan, kelihatan daun berguguran dan jatuh dengan gemalai ...

"ehmmm hangatnya mentari menerpa aku. Selamat pagi matahari, selamat pagi angin, selamat pagi daun-daun. Pandangan aku masih ke kebun samping rumah ... namun telingaku samar samar mendengar ketukan pintu, siapa ya?" ucap kuih kcang dalam hati. 



 
Tok, tok, tok kudengar suara ketukan di pintu toplesku. "Selamat pagi" kudengar suara diluar. Oh, rupanya kuih coklat. "Selamat pagi juga kuih coklat" jawabku, "Kenapa kamu masih diluar?" Tanyaku kepada kuih coklat.

"Iya kek kacang, aku masih panas, baru saja keluar dari oven, jadi tidak bisa langsung masuk ke rumah toples" jawab kuih coklat. "Oh, iya ya, aku lupa" kata kuih kacang. "Aku juga dulu selepas keluar dari oven tidak boleh langsung masuk ke rumah toples."


"Mengapa begitu" terdengar sebuah suara kecil. "Siapa ya?" Hampir bersamaan kuih kacang dan kuih coklat bertanya. "Saya kuih keju" jawab kuih keju dari seberang kuih coklat.


"Oh, kamu kek keju, tentu saja kamu bertanya begitu kerana kamu belum dimasak jadi belum mengetahui perjalanan aku bisa sampai dirumah toples ya?" Kata kuih kacang. "Baiklah, akan aku jelaskan" kata kuih kacang.


"Kita kan terbuat dari berbagai campuran bahan kuih, setelah selesai dicampur kita mulai dibentuk dengan berbagai bentuk yang lucu dan menarik, selepas itu kita akan dimasak biasanya dimasukkan ke dalam oven dengan suhu tertentu supaya matang dan menjadi kuih yang enak dimakan."


Kenapa harus dengan suhu tertentu? tanya kek keju. Begini, kue coklat mula menerangkan. Untuk pembuatan aneka kue suhu sangat memegang peranan, antara satu jenis kuih dengan kuih lain berbeza suhunya pada waktu di masak, untuk jenis kuih kuih seperti kita umumnya menggunakan suhu 150 - 160 darjah, supaya bisa matang dengan baik, tidak terlalu rendah kerana boleh melebar dan keras, juga tidak terlalu tinggi yang menyebabkan kuih cepat terlihat matang, sudah berwarna kecoklatan namun bahagian dalam kek belum masak."




"Wah, ternyata suhu sangat memegang peranan ya", ujar kuih keju. "lalu bagaimana lagi selajutnya?" tanya kek keju.

"Nah setelah matang, kita akan dikeluarkan dari oven dan ditaruh ditempat yang luas dan berlubang-lubang, supaya wap panas yang ada pada kita akan pergi dan kita menjadi kering."


"Setelah kita benar-benar sejuk, baru dimasukkan ke rumah toples, disusun rapi bersama teman-teman yang lain.


Jika kita masih panas dan masih banyak mengandungi wap air sudah dimasukkan ke dalam rumah toples, maka wap panas itu akan menjadi embun kemudian membasahi rumah toples dan mencair di dalam toples, jika kita terkena air dari wap panas itu kita akan lembab dan mudah sekali terkena cendawan , kemudian kita akan mengeluarkan bau yang tidak enak kerana cendawan itu, akhirnya rosak dan tidak boleh dimakan lagi kerana kuih yang sudah berjamur boleh membuat yang makan akan sakit, tentu kita akan sedih jika melihat anak-anak yang lucu menjadi sakit. "


Selaian itu, banyak kuih kacang apabila kita sudah dirumah toples kita akan ditutup rapat rapat supaya tidak terlalu banyak udara yang masuk dalam rumah toples kita, banyaknya udara yang masuk membuat tubuh kita menjadi lembab juga sehingga tubuh kita yang tadinya renyah menjadi lembik dan tidak enak lagi untuk dimakan. "


"Oh, begitu ya? aku jadi teringat suatu peristiwa di mana ada seorang anak kecil berkata seperti ini: Ibu, kuih di toples merah itu sudah rosak ya, baunya tidak enak juga rasanya, dan ada bintik-bintik putih dan hitam di kuihnya. Kenapa ya bu, padahal aku suka sekali kuih ini, aku jadi sedih tidak dapat makan kuihnya "ujar kanak-kanak itu sambil membawa toples kuih dan menghampiri ibunya.


"Oh, iya ya, kek ini sudah rosak nak, kita buang saja nanti ibu belikan yang baru ya, tidak usah bersedih lagi. Makanya jika selesai mengambil kuih akan tutup kembali toplesnya ya, selain semut boleh masuk juga banyaknya udara yang masuk menjadikan kuih tidak renyah lagi, menjadi lembik, lembab dan mudah berjamur. 





"Aduh sedih sekali ya jika kita harus dibuang ke tempat sampah, aku tidak mahu begitu" ujar kuih keju sedih. "Sudahlah kek keju, kamu tidak perlu bersedih" kata kuih kacang dan kuih coklat menghibur kek keju.


"Iya, mudah-mudahan peristiwa itu tidak menimpa kita ya" kata kuih keju. "Kuih keju seperti aku kan banyak sekali kandungan lemaknya sehingga lebih cepat rosak berbanding kamu berdua."


"Jangan bersedih kuih keju, sebentar lagi hari besar, biasanya kuih-kuih seperti kita akan cepat habis jadi tidak perlu disimpan lama-lama" kata kuih kacang dan kue coklat.


"Oh, begitu ya" kata kuih keju sambil tersenyum senang. 

~~**~~

Nah shbt2ku..
setelah membaca cerita ini, sekarag kita faham kan kenapa ibu kita selalu menyejukkan dulu kuih-kuih sebelum dimasukkan ke toples (bekas kuih), dan selalu mengingatkan kalian untuk menutup tolpes setelah mengambil kuih ...dri cerita ini dpt disimpulkan bahawa hidup ini adalah suatu pusingan dan punya kitaran hidupnya..bagaimana kjadian kuih2 tersbut hingga mnjadi bntuk kuih yang cntik dan sdp utuk dimakan namun skirannya terdedah dgn kuman dan bakteria, kuih trsebut dibuang bgitu shj dan x elok dimakan...kerana bgitulah hati kita skiranya disalut dgan bakteria(sifat2 mazmumah) spt kuih tdi maka segala amal pbuatan kita slma ini adalah sia-sia..hti kita perlulah dijaga dengan baik..yg psti, hanya Dia shaja yg mmpu mnentukan baik buruk amalan kita...muga kita sntiasa dalam ridhaNya..
InshaAllah..wallahualam ^^



kue3..sdpnyer..^^

No comments:

Post a Comment