Monday 13 June 2011

calculatE..cAlculate..

brApe banyak dose kita jika dikira dengan kiraan matematik? Berapa banyak yang sudah ditolak dan berapa jumlahnya?


Di atas sejadah panjang ku terpana. Teknik mengira dosa ku dengari dari seorang usatazah yg cukup ku kagumi sewaktu sekolah menengah dahulu..selalu sahaja beliau berpesan sebelum tido, muhasabah diri pada hari ini berape banyak dosa yang telah banyak dilakukan (untuk hari itu sahaja)..mengingati kata-kata itu aku cuba mengira. Dari kiraan yang sederhana aku mulakan perlahan-lahan: 1..2…3..hingga menjadi kiraan yang tak terhingga. Selalu sahaja aku gagal kerana kehilangan konsentrasi ketika menyebut digit-digit yang mula berekor.


Dan pernah suatu masa, ku mengambil kalkulator dan berteleku di hadapan sejadah. Ketika masuk sepertiga malam, seusainya tahajud dan solat taubat ku memulakan kiraan.Beberapa saat berlalu, tiba-tiba di sudut kalkulator muncul sebuah abjad “E”. Aku nakal. Begitu banyak dosa-dosaku. Sehingga kalkulator pun tidak memihak padaku lagi…


Di bawah sayap malam, air mataku jatuh satu persatu…


bach0k in my heart~


Langit di atas sana begitu sunyi. Dalam waktu begini menurut sebuah hadis yang sahih, Allah turun ke langit dunia dan berkata: “ Sesiapa yang mahu meminta ampun, akan Aku beri keampunan. Sesiapa yang mahu berdoa, akan Ku kabulkan. Sesiapa yang mahu bertaubat, akan Ku terima taubatnya…”


Angin berhembus dingin menggugurkan daun-daun. Aku tergolong diantara orang yang percaya jika setiap makhluk Tuhan mampu berkata-kata, samada haiwan, pokok-pokok atau apa-apa jua . Kepercayaan yang dibina oleh cerita-cerita sebelum tidur yang biasa kudengar sewaktu kecil itu tidak pernah luntur hingga di hujung malam ini, saat aku mendengar begitu banyak suara. Semuanya bertasbih kepada Allah. Tanah, pohon, semut, labah-labah, kelip-kelip..


Subhanallah wa bi hamdihi… Subhanallah wa bi hamdihi… Subhanallah wa bi hamdihi…


Aku memejamkan mataku, berusaha mengikuti para makhluk yang bertasbih itu…..

Memang tidak dinafikan pada kejadian langit dan bumi, para makhluk Allah akan bertasbih bersama-sama mengalunkan  zikir tanda memuji kebesaranNya..dan sedangkan para makhluk2 ini yang tidak melakukan dosa sentiasa  bertasbih, apakan lagi kita yang setiap hari bergelumang dengan dosa yang kita sendiri lakukan samada secara kita sedar ataupun tidak…

Allahu akbar…

No comments:

Post a Comment