Tuesday 22 May 2012

Always be there..

"wahai orang-orang yang beriman!Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita); Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
( at-Tahrim:8)

Awal bismillah pembuka tinta..ana mulai dgn petikan ayat Al-quran di atas. menyeru qalbi ini dan seluruh umat Islam agar terus memperingati hati masing2 bahawa Allah s.w.t sentiasa memanggil kita agar sentiasa kembali padaNya..bila keimanan meresap ke dalam hati, maka terbasuhlah hati, mematangkan diri lantaran keimanan yang menguatkan "link" kita kepada Pencipta manusia dan seluruh isi alam ini..

 If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers


Rejab is  Coming! ^_^

Rejab kembali bertandang kali ni. Bulan yang penuh barakah wa hikmah ni amatlah rugi jika kita tidak bersungguh merebut segala peluang serta ganjaran sepanjang bulan ni. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.
Maka perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar,mohon keampunan daripada Allah SWT. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari  malam 1 Rejab, sesuai dengan bulan ni yang dikenali sebagai bulan Istighfar


Allah.. always be with us :)

Apakah kemuliaan yang lebih besar sebenarnya?Apakah yang lebih besar, selain adanya Allah SWT bersama kita?

"Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar..." (al-Baqarah:249)

Maka apakah besar dugaan yang datang, berbanding dengan besarnya Allah bersama kita?
dan siapakah yakin bahawa Allah bersamanya ketika dia bersabar?jujurnya, kita pasti tidak mampu mengawal nafsu, terutamanya mengahamburkan amarah..

Justeru itu, Iman lah jua yang membantu kita supaya dapat merasai bahawa Dia ADA bersama kita, terutamanya ketika kita bersabar..

Sungguh, tiada yang sia-sia sebenarnya bagi orang2 yang sabar kerana sesungguhnya Allah bersama dengan mereka. bila kita tidak mampu bersabar, sebenarnya Iman kita yang ada masalah. periksa kembali Iman kita kerana dengan Imanlah dapat meyakinkan kita bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita..
Konteks ber'sabar' yang dimaksudkan adalah berMujahadah (melawan hawa nafsu.)

Sama seperti  kita berpuasa , ana teringat kata-kata dari seorang ustaz yang menceritakan konsep sebenar berpuasa..berpuasa tidak hanya semata-mata menahan lapar dan dahaga. tetapi ber'puasa' dengan menundukkan hawa nafsu kita, iaitu mampu mengawal diri, hati dan fikiran kita dari perkara yang melalaikan...

maka didik jiwa agar sentiasa bersAbar.. Allah kan ada!=) 

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…








2 comments:

  1. Bismillah ALhamdulillah..

    gemersik hati beralun.. mengatahui Rejab kini muncul lagi kelibatnya... hati melonjak kerana bulan bertiga kini bertandang...

    bulan yg penuh barakah.... ^^ excited sangat2....

    ReplyDelete
  2. btul tu.jom perbnyakn amal! ^^

    ReplyDelete