Tuesday 10 May 2011

♥..Khas utkmu, sAhabAtku...♥


Tengah malam kelam slepas study, hajatnye nak tidoq, tetibe mta ni x mau gak pjam....ish, nape ssah ben0 nak pjamkan mate...tidak berputus asa da guna bnyk care termasuk mengire bpe kali kipas berpusing, namun x berhasil gak...hmm, jam bwu pkui 3.00, so cmner nk ksi ngant0k..erm, maybe cube ingat kngn2 mnis dlu3..sdg trbayangkan ttibe tergerak hti utk mnengok blik gmbar2 kenangan bsme shbt2..bukak je file Picture.....yA Allah...berbagai perasaan brcmpur baur, coz bnyk sgt suka duka yg dilalui spnjang di p0ly..masakan tidak kerana sahabat adalah yg mencorak hidup ana..jika silap pilih sahabat ana tidak berada di tahap yang sekarang. shbt datang dan pergi ibarat pasang surut, namun ukhwwah ttp kekal selamnya bagi mereka yg ikhlas dalam bersahabat. timbul rsa kesyukuran kerana dipertemukan dgn mereka2 ini....ahaa, ttibe dtg idea utk mngedit blog, bila trjumpa suatu puisi yg sgt best, mngenai penghargaan buat shabat.....khas buat teman2 tersayang... ♥♥

SAHABAT...
SEIKHLAS INGATAN SETULUS MEMORI,
SALAM PERSAHABATAN MOGA DIRINDUI…

Penghargaan terima kasih diucapkan buat sahabat yang dikasihi dan diredhoi Allah.

Salam ukhwah fillah dilafazkan ,

Sahabat yang dikasihi Allah, Renunglah sejenak betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Esa, yang mana di dalam ciptaan Nya dipenuhi oleh pelbagai keadaan, rupa, bentuk, warna, rasa. CiptaanNya yang unik dan pelik kadang-kadang meninggalkan sesuatu untuk dikongsi bersama, selama mana ia tidak luput dari ingatan akal yang waras dan siuman.

Sahabat,

Rasa yang diciptakan mempunyai untaian persoalan yang kekadang mudah kekadang sukar dijawab mahupun untuk dileraikan. Dari rasa lahirlah perasaan yang dihuni oleh 1001 perasaan yang dipersoalkan. Perasaan tidak menentu, resah, jemu, suka, duka, gembira, sedih, sayang dan bangga.

Rasa jemu bila berhadapan dengan sesuatu yang menjemukan.
Rasa resah bila bertemu dengan sesuatu yang meresahkan .
Rasa suka bila menghadapi dengan sesuatu yang menyukakan .
Rasa duka bila ditimpa sesuatu yang mendukakan .
Rasa gembira bila mendapat sesuatu yang menggembirakan.
Rasa bangga bila mendapat sesuatu yang membanggakan.

Itulah lumrah ciptaan Yang Maha Bijaksana yang mana ia hanya dapat dirasai oleh sekeping hati yang kecil yang entah dimana letaknya dan bersarang segala perasaan ini.. Yang ia hanya mampu terpapar pada sikap dan perwatakan yang tertonjol. Itulah rahsia sekeping hati yang diliputi oleh pelbagai rasa.

Sahabat,

Ikatan persahabatan yang terjalin ketika kaki mula melangkah kesini telah pun meninggalkan kesan dilubuk hati. Segala yang menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yang terpahat kukuh disanubari. Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhwah yang bertapak sekian lama? Atau ianya akan hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yang akan memadamkan api?

Persatuan Siswa Siswi Islam ( ajk muslimat)

PSSI (ajk Muslimin)

Sahabat,

Sesungguhnya ukuwah yang terjalin adalah sesuatu yang termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini…….
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.

Sahabat ,

Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar-putar ibarat roda yang berpising. Kita harus tabah dan redha dalam menghadapi setiap apa yang telah disuratkan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia juga tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak terdaya ditanggung oleh kita. segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkan memori di sudut hati kita.

Sahabat,

Berdoalah agar sentiasa mendapat keredhaanNya dalam ukhwah yang terbina. Moga-moga pertemuan dan perpisahan ini diberkati oleh Illahi di dunia dan di akhirat. Kuatkan hati untuk menerimanya, jangan berdukacita. Setiap yang bermula pasti akan ada yang akhirnya.

KITA TIDAK AKAN DAPAT MELUPAKAN KELUKAAN TETAPI PENGALAMAN YANG MENGAJAR KITA SUPAYA TIDAK AKAN BERULANG UNTUK KALI YANG KEDUA…….

Ukhwah selamanya Jul09-Jun10-Alumnai PSSI PUO



“DALAM BERHATI-HATI ADA HATI YANG DISAKITI…
DALAM BERJAGA-JAGA ADA HATI YANG TERLUKA……………….”



Kursus Pentadbiran Pangkor 2010

Jawatankuasa PSSCM IPT Perak

Coursmate Finance 2010/2011

Sweet Memory KWD Silat Cekak PUO*UITM Perak*UTP
                                                                  

Ex-Maherian..(05-06)...

Coursemate DKB Jul 07-Jun2010..


Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.” (Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.


HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Rehlah Tasik JitrA..
Program Perubatan Islam
Srikandi PSSCM UUM..cewah

Orientasi Semester 1 - Men FutsAl..best^^

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)


KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”. (An Nisaa’ : 149)

Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.

Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An Nisaa’ : 110)


“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi” (Al-A’Raaf : 178)


Terima Kasih sahabatku..kaulah sahabat, teman dan rakanku...inshaAllah, lillahi taala...ukhwwah selamanya.....forever

2 comments:

  1. Kini ukhuwah itu bertambah lagi... dengan menjadi ahli FAMILY PIS. hehe, juga ahli coki2...

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..
    mula melakar memori bersama sahabat/biah di sni n muga ukhwwah ini dijagaNya..amin^_^

    ReplyDelete