Wednesday 14 December 2011

::Key Of Happines::

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum..alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk mengedit blog walaupun kekangan masa yang melanda sebagai seorang student.muga sahabat2 semua sentiasa dalam lindungan dan kasihNya..amin. ^__^ 
today our t0pic is sgt2 menarik, kerana jika ditanyakan pada tiap orang semua inginkan kebahagiaan dan rahmah dalam kehidupan kan?banyak cara yg boleh dilakukan utk mendapatkan kebahagiaan ataupun dalam kamus English disebut "Happines", namun untuk entry kali ni suka untuk ana berkongsi mengenai 'KUNCI KEBAHAGIAAN'...
KUNCI KEBAHAGIAAN dgn istilah ( "merasakan manisnya iman") iaitu
redha dgn sepenuh hati terhadap 3 hal :

PERTAMA redha terhadap Allah SWT sebagai Rabbnya, krn  ia sangat yakin, bahawa apapun yg Allah berikan kepadanya adalah anugerah terbaik bagi kehidupannya..
KEDUA redha bahawa Islam sebagai agamanya kerana: "Wahai org2 yg beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kalian mengikuti langkah-2 syaitan, krn sesungguhnya syaitan itu merupakan musuh yg nyata bagi kalian.."
(QS. Al-Baqarah/ 2 : 208)
yakin, bahawa sistem Islam merupakan sistem yg mampu membawa kebahagiaan hakiki bagi manusia untuk kehidupan baik di dunia maupun di akhirat

KETIGA redha bahawa Nabi Muhammad SAW sbg Rasul utusan Allah SWT diutus pada seluruh umat manusia, & mebimbing mereka dari kehidupan yg gelap gulita menuju pada kehidupan yang penuh dgn kecemerlangan. Ia redha dengan segala ajaran & nilai-2 yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (sunnah), baik sunnah dlm kehidupan pribadi, sosial kemasyarakatan..
jika sudah berolehnya, simpan kunci ini sebaiknya di Qalbi kita...wallahualam^__^ 
 

No comments:

Post a Comment