Saturday 31 December 2011

:: Takdir , suka duka 2011 dan imtihan buatku::

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum w.b.t sahabat2 hati..
Melihat jam yang tinggal beberapa detik lagi sahaja untuk menginjak ke tahun baru masihi..tetiba teringat sewaktu menaiki bas sewaktu ingin pulang ke dewan penginapan pelajar. pakcik driver bas menanyakan kami bila start exam, lalu kawanku menjawab "tahun depan pakcik..~" dan kami semua bergelak ketawa termasuk pakcik bas.~~ ^_^
Mungkin dari kisah ini nampak seperti santai namun dari sini ana mula sedari yang betapa masa berlalu begitu pantas hingga tak terasa tahun 2011 bakal berakhir kerana pada ketika ini seluruh pelajar uum dilanda wabak exam..dan sepanjang tahun ini banyak kisah suka duka yang berlaku terhadap diri..diuji dengan dugaan hidup, mencatit pelbagai kisah suka dan duka malah terlakar kemas dalam diari hati yang menuntut ketakwaan dan kehambaan padaNya...sedangkan kita tidak menyedari betapa setiap peristiwa ini sebenarnya adalah caraNYa dalam berbicara pada hambaNya..dan inilah cara Allah ingin berbicara dengan kita dalam memaknakan erti sebenarnya kesabaran..redha dengan ketentuanNya jua erti pengorbanan demi meraih kebahagiaan dan keredhaan Illahi~~
bila ditanyakan apakah yang mungkin berlaku untuk tahun mendatang? pastinya kita tidak mampu untuk menjawapnya bukan. apakah kita hanya berserah pada takdir atau sekadar menjalani hidup kita tanpa melakukan apa-apa perubahan? melakukan rutin yang sama setiap hari..tanpa sebarang target hidup mahupun tujuan hidup??hidup cara sebegini sebenarnya adalah sangat sepi  dan sunyi....
namun bagaimana sekalipun kita melalui dan menjalani hidup ataupun rutin kita, masing-masing perlu jelas matlamat hidup dan tujuan asal kita di bumi pinjaman Allah ni..adalah semata-mata untuk beribadah , dan mentauhidkan diri kepada Allah..inna deen indAllah lil Islam....ingat tu..
bagaimana dengan takdir? adakah tidak boleh diubah??persoalan ini sering bermain di benak dalam 2 3 menjak ini..pelbagai persoalan timbul dan jawapan yang diperolehi...cuma kesimpulan yang ana dapat di sini..kita mampu berusaha merubahnya ke arah yang lebih BAIK sekiranya kita ber KEHENDAK. 
"...dan Aku menurut sangkaan hambaKU padaKu.."
mohonlah padaNYa...tiada yang mustahil bagiNya. sekiranya apa yang tercatat di lauh mahfuz sekalipun adalah mengikut takdiran ketetapan olehNYa....
dan ana sering berpesan pada hati..apakah keutamaan yang sering diletakkan dalam hati kita?adakah kita sentiasa mengingatiNya hanya waktu susah..?sewaktu gembira dan dipermudahkan urusan pula bagaimana eya?
".. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.." (Ar-Rahman; 13)
Ya Allah..betapa hambaMU masih banyak kelompangan dan kekurangan..sering alpa dan berbuat dosa setiap hari..mengutamakan yang lain selainMu..adakah masih layak bagiku menjejak ke JannahMu..hanya ku mohon jangan Kau pernah meninggalkanku walau sedetik pun...sedangkan hamba sekadar insan  yang lemah kudrat tanpa nauganMU..
وَأُخرىٰ تُحِبّونَها ۖ نَصرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتحٌ قَريبٌ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ ١٣
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman..(As-saff:13)

jari-jemari pantas menaip lagi..dalam detik-detik terakhir sebelum menginjak ke 2012..
Dengan kerendahan hati, dan harapan yang penuh kepadaMu 

Hamba berdoa lagi, Ya.. Rab..

Engkaulah yang memberikan kepada hamba kekuatan lahir dan batin, hingga hamba mampu memelihara dan menjaga diri, dan menjaga orang-orang yang hamba cintai dari berbagai fitnah yang sedang melanda.


Ya Allah,
untuk-Mulah segala pujian dan syukur hamba, dari-Mu jua semua kebaikan dan keutamaan dunia dan akhirat berasal, hamba persembahkan seluruh pujian ini keribaan-Mu sesuai dengan keagungan wajah-Mu yang mulia…


Ya Allah,
sungguh hamba telah menzalimi diri, jika tidak kerana rahmat dan ampunan-Mu niscaya hamba pasti tergolong orang-orang yang merugi…


Ya Allah, 
Engkaulah yang mengetahui seluruh rahsia, melihat semua denyut nurani..
ampunilah dosa-dosa hamba dan dosa-dosa kedua orang tua hamba serta dosa-dosa saudara-saudara hamba yang telah mendahului hamba dalam keimanan,Ya Allah, sungguh Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang…Ya Allah ampunilah dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup dari mereka maupun yang telah meninggal, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan (senantiasa) Mengabulkan semua doa-doa serta Memenuhi segala hajat manusia…

Amin ya rabb..~~
P/s: muga di permulaan tahun ini dipermudahkannya dalam menhadapi ujian samada ujian dunia (exam) mahupun imtihan dariNya.....but i know Allah love me more than anything in this world..and me also..ma fi qalbi ghairullah~ :) :) :)

 

No comments:

Post a Comment